Thursday, March 2, 2017

RUGI TAK PERGI!!! (Malaysia Thailand Food Festival 2017 @Putrajaya)

Assalamualaikum dan Salam Bombastik  Kak Diva / Kak Senah/ Kak Ros Merah ucapkan kepada para pemenat peminat blog picisan ahkak ni. Akak dapat hidayah nak update harini sebab semalam akak gigih buat carian pasal Thai Food Festival Putrajaya 2017 (jumpa satu je blog okeh). Maka selepas penat membanting tulang di sawah bendang opis semalam, maka gegehlah akak ke Presint 15 Putrajaya untuk bersama memeriahkan Festival Makanan Antarabangsa 2017 (mostly Thai food)/ Thai Food Festival Putrajaya 2017 di Putrajaya. Kalau korang biasa pergi Presint Diplomatik, korang terus je, akan nampak khemah2 sebelah kiri, masuk simpang sebelah kiri untuk parking k!

OK jum kita layan gambar terus sambil akak berbisik halus berbicara bagi penerangan

 
 
Ni akak taktau plak nama dia, tak sempat nak bace, tapi yang pasti, manislah benda ni.
Ahkak suka tengok sebab macam cengkerang bentuk dia, Nampak macam crunchy and sedap tapi sebab akak tak fancy dan bukan kategori sweet tooth maka akak tak beli,
korang boleh try kalau pergi k!


Next, yang ni memang kegemaran ahkak iaitu JUS MANGGA sebab akak ni penggemar jus buah tetapi tak suka cordial (anti cordial), kalau nak tengok Kak Diva minum cordial, adalah semasa kenduri/raya je sebabnya meninggallah tuan umah kalau hidang jus original plak masa raya atau kenduri ye dak??😛



 
Kak Diva singgah sini beli MANGGA FLOAT 88 ni sebotol pada harga RM5
 (bagi akak murah sebab dalam botol)
Rasa mmg sedap sebab original kan, cuma manis sikit, kalau yang suka manis oklah kot

 

Seterusnya ini plak pelbagai goreng-gorengan ye.... ade udang, ada ketam, semua nampak sedap tapi akak tak beli sebab kalau beli, sampai subuhlah aku tak benti mengunyah-----> OK NI TIPU



 
  
JENG JENG JENG


tujuan akak g pasar ni sebenarnya nak cari jodoh nasi kuning ni hah, memang favourite, orang Thai panggil nasi komok Thai, ada dua versi nasi komok, satunya nasi dimasak terus bersama-sama ayam dan satu cara lagi, nasi dan ayam dimasak berasingan . Yang ni masak sekali.So ahkak beli sebungkus RM8 memang sedap sampai menjilat ibu jari kaki uols!


 


Seterusnya kita beralih kepada steamboat dan gorengan celup tepung, yang ni sokmo akak melantak masa percutian ke Krabi dua tahun lepas uols,..so semalam akak tengok + jamu mata jelah, tapi yang best sos dia tuh, jangan lupa try ye kalau suka makan cokolat celup celup-celup nieh...


 

 

 

 
 Tidak ketinggalan jua Nasi Goreng Pataya..memang nampak sedap lazat berkrim dijilati ramai ...
Nampak tak si penjual pun tengah nak mengunyah hahahahaa
(maaplah ahkak, iols tersnap aksi ahkak ye)
 

 
 OK yang ni pun kalau google pasal THAI FOOD FESTIVAL, mesti nampak ketam ni kan, sebenarnye ketam ni kat gerai DIM SUM, ahkak beli dimsum 5 ketui tapi tak beli ketam ni sebab akak bukan reti sangat makan ketam
(kat umah pun mak kopekkan ketam---> DASAR MANJA sgt haha)
yang ketam ni harganya start dengan RM6 ikut size

Yang ni Dim Sum yang Kak Diva beli uols.. dimsum dia akak beli yang ada penyepit ketam sebelah kiri tuh (akak beli 2 ketui) rupanya SEDAP uols sebab filling dia pedas, nyesal tak beli 5 dimsum yang filling tuh (satu dim sum harga RM1). Semalam akak beli campur2 dengan DIMSUM2 lain.
 



Paling akak geram,  setelah tawaf pesta ni 17 kali rupanye rupanya ada PULUT AYAM ni, masa akak kat KRABI ada makan pulut dan ayam ni, ayam dia sedap (perapan diaorg tu marbeles uols) tu rasanya mcm nak MEREPEAT pergi hari ni nak beli PULUT tuh hahahaha----> alasan terbaik nak pergi lagi :P



Dan tak WAJIB kalau tak letak gambar BENDA VIRAL kan
tentunya ROTI PELANGI PETANG dengan PAU BERBENTUK AYAM


 
 
Glamour tau hadek buat roti pelangi/ rainbow bread ni masuk blog Ahkak Diva ko kene sembah ratu tau kat ahkak dek
 
Maaflah kualiti gambar PAU BENTUK AYAM KATIK ni tak lawa sebab ramai org... ahkak menyelit je, terus snap sepantas kilat okeh..tak kuasa dah nak zoom bagaiiii
(berasap lagi tu, NAMPAK??)
 
 

 
OK korang dah penat akak cite..tak RETI-RETI ke nak pergi ??babai



7 comments:

  1. kt shah alam ada jgk. dekat je dgn rumah tapi belum sampai lagi. nampak makanan best best

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sis sudi berkunjung, tulah haritu saya nak gi shah alam jauh. so pergi yang ni pula, gegeh meREPEAT haha sebab semua sedap dan bersih

      Delete
  2. Sedapnye la hai..terliur koi tgk gambar2 ni cik sue! (sambil mengunyah keropok kentang je ni).

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah mira bukan gambar je sedap...real pun sodap haha

      Delete
  3. Masa buat kelate aritu, tiap2 hari aku pergi.
    Bersesak2 pun aku gi... sedap punya pasal hahaha.

    ReplyDelete
  4. tau takpe dekdaa oiii kan...semua kene ngn lidah makanannye

    ReplyDelete
  5. Kita yg dekat ni pun x pergi sbb kwn opis cakap harga makanan agak mahal

    ReplyDelete