Moh Klik Nuffnang Saya

Monday, March 6, 2017

JGN JADI RAKYAT MENTALITI KELAS KE-5

Sekarang ni ramai yang mengeluh...

Harga barang naik
Harga minyak naik
Bila kita nak maju,dah dekat tahun 2020
Aku tak dapat pun BR1M, orang lain kaya daripada aku dapat


Bukan nak kata Kak Diva bagus sangat, tapi selalu yang merungut ni, depa jugaklah yang sebenarnya dalam golongan MENTALITI KELAS KE-5, mengikut kamus Kak Diva, mentaliti kelas ke-5 ni lagi teruk dari kelas ke-3 sebab kalau korang membaca dan buat research, masyakat DUNIA KE TIGA pun dah makin maju sebab pemikiran mereka MAJU

Bukan pemikirannya duk MERUNGUT je, bangun pagi MERUNGUT tengahari MERUNGUT sebelum tidur pun MERUNGUT(mmglah tak MAJU weh)๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…


Meh hakak terangkan ,contoh-contoh mentaliti kelas ke-5 ni

Pergi shoping kompleks, ambik troli pandai, bawak sampai ke kereta pun pandai, tapi bila dah angkut barang ke kereta, troli main letak je kat tepi suka hati ko

Ada ke terfikir??
Susah nanti orang nk parking sebab biar je troli
Selalunye fikir, takpe ada pekerja Bangladesh akan kutip (hayyo...semua nak suruh orang)

Tak salah pun jikalau kita pandang... mana letaknye troli bersusun dan jalan sikit angkut troli kosong tu ke tempat sepatutnya (exerciselah sikit uols)

tapi kebanyakan mall skrang tempat letak troli dibuat berhampiran bagi memudahkan pelanggan.


Lagi satu kalau pergi Restoran Fast Food macam MACD ke BURGER KING ke KFC ke atau SUBWAY dan yg seangkatan dengannya , dah nama pun SELF SERVICE RESTAURANT kan?? Apa salahnya korang kemaskan sendiri meja korang..lagipun selalunya, tempat makan mcm ni memang senang nak kemas sebab semua sampah dalam bentuk kertas dan plastik je...(ini tak, nak jugak tunggu pekerja kemaskan๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž)

Lainlah kalau restoran yang memang ada pekerja kemaskan seperti di kedai-kedai makan biasa dan juga restoran mewah yang dikenakan caj.

Bukan Kak Diva nak puji diri sendiri, tapi Kak Diva memang selalu kemaskan meja sendiri kalau gi restoran layan diri ni, pernah jugak Kak Diva kutip sampah2 kawan2 kat Diva dan tolong buang sebab mentaliti mereka masih lagi mentaliti : biar pekerja yang buat sebab berangan diri memasing adalah VIP sampai rasa hina agaknye buang sampah sendiri (tepuk kepala).

Korang bayangkan pekerja tu nak kene layan kita,serve makanan, dahle restoran fast food gini selalu pelanggannya terlalu ramai, depa gak terkejar-kejar nak kemas meja...tak JATUH PUN STANDARD kalau kemas sampah sendiri, bukan suh korang kemas SAMPAH orang lain pun..

Bila korang dah kemas korang dapat DUA PAHALA secara tak langsung


  1. Pahala sebab mudahkan kerja-kerja si cleaner tempat tuh (korang ingat tak penat ke keje fast food restoran weh dengan gaji yang tak tinggi mana tuh?cuba korang try sekali kalau berani)
  2. Pahala sebab dah bersihkan meja pastu memudahkan the NEXT PERSON yang bakal menduduki tempat tersebut.
Sape kata susah nak buat PAHALA FREE ye dak? Nampak Kak Diva dah bertukar jadi ustazah.

Kesimpulannya, takleh nak salahkan semua orang sebab iols dulupun masa kecik takde kesedaran nak mengemas sendiri tetapi lama kelamaan dah berdikari, jadi apa kata, kita mulakan dengan DIRI SENDIRI dulu dan sebarkan kepada keluarga, rakan-rakan dan seterusnya MASYARAKAT. Kat Jepun dan Korea dah praktik lama tau bersihkan tempat makan sendiri sedari kecil uols...

 Saya tinggalkan gambar ini sebagai pengajaran, kredit kepada blog :http://www.gengviral.com

Come On dah 2017 takkan nak jadi mentaliti kelas ke 5 lagi...WAKE UP GUYS!!!

2 comments:

  1. Susah nk ckp kan mmg org kita ni x move on kalau pegi korea or jepun sikap mereka 100x lebih baik adeh!

    ReplyDelete
  2. maaf baru pasan komen uols....kannnnn walhal patutnya majoriti islam kene cintakan kebersihan ye dak

    ReplyDelete