Sunday, March 19, 2017

MENCARI HARTANAH??

Hehe,korang jangan ingat Kak Diva dah jadi agen hartanah Ladang Gadong pulak ye, al-kisahnya saje nak kongsi sedikit ilmu sebab berjaya menghadiri seminar property talk dekat Tropicana Metropark Subang Jaya 2 minggu lepas tapi harinilah baru gegeh nak update sebab peratus kemalasan lebih tinggi dari kerajinanπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘Š

Kak Diva mula berjinak dengan bidang hartanah ni sejak terbeli/memang nak beli/ sengaja beli (yang ni korang tentukan sendiri jawapannye πŸ˜›πŸ˜›) E-book Jutawan Hartanah Bang Hensem. Boleh follow beliau di blog http://abangensem.com/. Abangensem ni juga dikenali sebagai AE atau nama sebenar beliau Meor Zaidee.

Inilah cover E -Book pertama yang gua beli dengan mamat ni (saje guna gua tetibe sebab AE suka guna words gua dalam blog dia).
 

Lepas baca buku ni terus tergerak hati nurani nak menyertai seminar beliau yang hanya berharga RM88 di Shah Alam ketika itu, Alhamdulillah, lepas menyertai saya (kes studi diri sendiri) dah berjaya memiliki sebuah apartment kos rendah yang dibeli ketika itu pada harga bawah pasaran semasa (under market value). Saya tak dapat komisen apa2 untuk mempromosikan blog AE ...tapi jika anda berminat bolehlah follow FB, Blog dan sertai seminar beliau, tak rugi pun menambah ilmu ye dak??

Lepas dah sertai, Alhamdulillah saya tak kecewa langsung dengan pembelian rumah subsale tersebut dan saya dapat keuntungan daripadanya secara pasif padahal memula sangat-sangat takut nak membeli umah second hand/ subsale , terima kasih AE dan Kak Nadot Yusof yang banyak membantu bagi ilmu, al maklumlah, adik baru nak berjinak pinak - jinak gituh. Masa seminar AE jugaklah, saya mengenali kawan beliau yang juga merupakan JUTAWAN HARTANAH iaitu Tuan Faizul Rizuan.

Jadi pada tarikh 12 Mac 2017 (ahad) yang lalu, Kak Diva Berjaya (guna nama Kak Diva semula) menghadirkan diri ke seminar ini, (percuma tau) yang menampilkan dua selebriti terkenal

Faizul Rizuan (Jutawan Hartanah jugak, geng dengan AE)..singkatan nama Faizul Rizuan adalah FR



dan juga ahkak Fazura (mmg glamourlah di kalangan Melayu kan) sebab beliau artis. Untuk pengetahuan korang property talk ni ramai Chinese yang pergi, so When They Ask about Fazura, (sebab ada yang tak familiar, aku kene explain --->tak pasal2 jadi PA Fazura gituh)



Sebab tak sempat nak snap sendiri gambar FR (kusyuk dgr talk), maka ahkak cilok daripada Instagram Tropicana Metropark sajelah ye...itu dia semangat PAHLAWAN MELAYU FR nak kongsi tips dengan kami yang hadir

Perkongsian beliau adalah berkisarkan bagaimana beliau membina portfolio hartanah seawal usia 20-an dengan gaji hanya RM 2500 (if gaji korang bawah pada RM2500 pun boleh ok...)dan betapa untungnya membeli hartanah sebab tiada satupun hartanah di MALAYSIA yang selepas 10 tahun harga makin menurun hatta korang beli hartanah tu dekat tempat yang diklasifikasikan sebagai tepat jin bertendang satu ketika dahulu seperti di
 
  • Bukit Beruntung
  • Lembah Beringin
Dua tempat ni harga hartanah nye meningkat ye selepas 10 tahun....
 
 Kesimpulan yang aku boleh ambil, teruk macam mana pun ekonomi, korang akan dapat untung jugak kalau beli hartanah sebab harganya sentiasa naik bukan makin turun, cuma untung banyak atau sikit jelah kan....aku pun mula sesikit je bukan nye pakar pun, share yang mana aku rasa bermanfaat.

Penutup entri kali ini adalah gambar meletops ngn Kak Fazura Lethops Kebabom nieh, in person bagi aku dia ni sangat cantik dan peramah, kecik je hokey (bilalah iols plak nak kecik macam sheols). Walaupun aku rasa kedatangan dia ni bertujuan menarik investor hartanah melayu, tapi kenyataannya mmg ramai Chinese jugak yang datang pada hari tersebut, papepun tak salah pemaju nak cuba strategi macam ni kan? Good luck Fazura (aku bukanlah peminat fanatik beliau, aku takle nyampah, dan aku taklah minat gegile, tapi dah dia ada..tak salah kan amik gambar?) cuma bagi aku dia pandai berfesyen, baju dia dalam cite manisnye cinta di CAPPADOCIA semua cantek okayh!!

 

NAH untuk tatapan para peminat KAK DIVA..eyh silap ..peminat FAZURA, jgn marah sheols peluk hakak okeh (btw, dia mmg mesra peminat orangnya. kekalkan ye ahkak fazura)
 
till then.

Monday, March 6, 2017

JGN JADI RAKYAT MENTALITI KELAS KE-5

Sekarang ni ramai yang mengeluh...

Harga barang naik
Harga minyak naik
Bila kita nak maju,dah dekat tahun 2020
Aku tak dapat pun BR1M, orang lain kaya daripada aku dapat


Bukan nak kata Kak Diva bagus sangat, tapi selalu yang merungut ni, depa jugaklah yang sebenarnya dalam golongan MENTALITI KELAS KE-5, mengikut kamus Kak Diva, mentaliti kelas ke-5 ni lagi teruk dari kelas ke-3 sebab kalau korang membaca dan buat research, masyakat DUNIA KE TIGA pun dah makin maju sebab pemikiran mereka MAJU

Bukan pemikirannya duk MERUNGUT je, bangun pagi MERUNGUT tengahari MERUNGUT sebelum tidur pun MERUNGUT(mmglah tak MAJU weh)πŸ˜…πŸ˜…


Meh hakak terangkan ,contoh-contoh mentaliti kelas ke-5 ni

Pergi shoping kompleks, ambik troli pandai, bawak sampai ke kereta pun pandai, tapi bila dah angkut barang ke kereta, troli main letak je kat tepi suka hati ko

Ada ke terfikir??
Susah nanti orang nk parking sebab biar je troli
Selalunye fikir, takpe ada pekerja Bangladesh akan kutip (hayyo...semua nak suruh orang)

Tak salah pun jikalau kita pandang... mana letaknye troli bersusun dan jalan sikit angkut troli kosong tu ke tempat sepatutnya (exerciselah sikit uols)

tapi kebanyakan mall skrang tempat letak troli dibuat berhampiran bagi memudahkan pelanggan.


Lagi satu kalau pergi Restoran Fast Food macam MACD ke BURGER KING ke KFC ke atau SUBWAY dan yg seangkatan dengannya , dah nama pun SELF SERVICE RESTAURANT kan?? Apa salahnya korang kemaskan sendiri meja korang..lagipun selalunya, tempat makan mcm ni memang senang nak kemas sebab semua sampah dalam bentuk kertas dan plastik je...(ini tak, nak jugak tunggu pekerja kemaskanπŸ‘ŽπŸ‘Ž)

Lainlah kalau restoran yang memang ada pekerja kemaskan seperti di kedai-kedai makan biasa dan juga restoran mewah yang dikenakan caj.

Bukan Kak Diva nak puji diri sendiri, tapi Kak Diva memang selalu kemaskan meja sendiri kalau gi restoran layan diri ni, pernah jugak Kak Diva kutip sampah2 kawan2 kat Diva dan tolong buang sebab mentaliti mereka masih lagi mentaliti : biar pekerja yang buat sebab berangan diri memasing adalah VIP sampai rasa hina agaknye buang sampah sendiri (tepuk kepala).

Korang bayangkan pekerja tu nak kene layan kita,serve makanan, dahle restoran fast food gini selalu pelanggannya terlalu ramai, depa gak terkejar-kejar nak kemas meja...tak JATUH PUN STANDARD kalau kemas sampah sendiri, bukan suh korang kemas SAMPAH orang lain pun..

Bila korang dah kemas korang dapat DUA PAHALA secara tak langsung


  1. Pahala sebab mudahkan kerja-kerja si cleaner tempat tuh (korang ingat tak penat ke keje fast food restoran weh dengan gaji yang tak tinggi mana tuh?cuba korang try sekali kalau berani)
  2. Pahala sebab dah bersihkan meja pastu memudahkan the NEXT PERSON yang bakal menduduki tempat tersebut.
Sape kata susah nak buat PAHALA FREE ye dak? Nampak Kak Diva dah bertukar jadi ustazah.

Kesimpulannya, takleh nak salahkan semua orang sebab iols dulupun masa kecik takde kesedaran nak mengemas sendiri tetapi lama kelamaan dah berdikari, jadi apa kata, kita mulakan dengan DIRI SENDIRI dulu dan sebarkan kepada keluarga, rakan-rakan dan seterusnya MASYARAKAT. Kat Jepun dan Korea dah praktik lama tau bersihkan tempat makan sendiri sedari kecil uols...

 Saya tinggalkan gambar ini sebagai pengajaran, kredit kepada blog :http://www.gengviral.com

Come On dah 2017 takkan nak jadi mentaliti kelas ke 5 lagi...WAKE UP GUYS!!!

Thursday, March 2, 2017

RUGI TAK PERGI!!! (Malaysia Thailand Food Festival 2017 @Putrajaya)

Assalamualaikum dan Salam Bombastik  Kak Diva / Kak Senah/ Kak Ros Merah ucapkan kepada para pemenat peminat blog picisan ahkak ni. Akak dapat hidayah nak update harini sebab semalam akak gigih buat carian pasal Thai Food Festival Putrajaya 2017 (jumpa satu je blog okeh). Maka selepas penat membanting tulang di sawah bendang opis semalam, maka gegehlah akak ke Presint 15 Putrajaya untuk bersama memeriahkan Festival Makanan Antarabangsa 2017 (mostly Thai food)/ Thai Food Festival Putrajaya 2017 di Putrajaya. Kalau korang biasa pergi Presint Diplomatik, korang terus je, akan nampak khemah2 sebelah kiri, masuk simpang sebelah kiri untuk parking k!

OK jum kita layan gambar terus sambil akak berbisik halus berbicara bagi penerangan

 
 
Ni akak taktau plak nama dia, tak sempat nak bace, tapi yang pasti, manislah benda ni.
Ahkak suka tengok sebab macam cengkerang bentuk dia, Nampak macam crunchy and sedap tapi sebab akak tak fancy dan bukan kategori sweet tooth maka akak tak beli,
korang boleh try kalau pergi k!


Next, yang ni memang kegemaran ahkak iaitu JUS MANGGA sebab akak ni penggemar jus buah tetapi tak suka cordial (anti cordial), kalau nak tengok Kak Diva minum cordial, adalah semasa kenduri/raya je sebabnya meninggallah tuan umah kalau hidang jus original plak masa raya atau kenduri ye dak??πŸ˜›



 
Kak Diva singgah sini beli MANGGA FLOAT 88 ni sebotol pada harga RM5
 (bagi akak murah sebab dalam botol)
Rasa mmg sedap sebab original kan, cuma manis sikit, kalau yang suka manis oklah kot

 

Seterusnya ini plak pelbagai goreng-gorengan ye.... ade udang, ada ketam, semua nampak sedap tapi akak tak beli sebab kalau beli, sampai subuhlah aku tak benti mengunyah-----> OK NI TIPU



 
  
JENG JENG JENG


tujuan akak g pasar ni sebenarnya nak cari jodoh nasi kuning ni hah, memang favourite, orang Thai panggil nasi komok Thai, ada dua versi nasi komok, satunya nasi dimasak terus bersama-sama ayam dan satu cara lagi, nasi dan ayam dimasak berasingan . Yang ni masak sekali.So ahkak beli sebungkus RM8 memang sedap sampai menjilat ibu jari kaki uols!


 


Seterusnya kita beralih kepada steamboat dan gorengan celup tepung, yang ni sokmo akak melantak masa percutian ke Krabi dua tahun lepas uols,..so semalam akak tengok + jamu mata jelah, tapi yang best sos dia tuh, jangan lupa try ye kalau suka makan cokolat celup celup-celup nieh...


 

 

 

 
 Tidak ketinggalan jua Nasi Goreng Pataya..memang nampak sedap lazat berkrim dijilati ramai ...
Nampak tak si penjual pun tengah nak mengunyah hahahahaa
(maaplah ahkak, iols tersnap aksi ahkak ye)
 

 
 OK yang ni pun kalau google pasal THAI FOOD FESTIVAL, mesti nampak ketam ni kan, sebenarnye ketam ni kat gerai DIM SUM, ahkak beli dimsum 5 ketui tapi tak beli ketam ni sebab akak bukan reti sangat makan ketam
(kat umah pun mak kopekkan ketam---> DASAR MANJA sgt haha)
yang ketam ni harganya start dengan RM6 ikut size

Yang ni Dim Sum yang Kak Diva beli uols.. dimsum dia akak beli yang ada penyepit ketam sebelah kiri tuh (akak beli 2 ketui) rupanya SEDAP uols sebab filling dia pedas, nyesal tak beli 5 dimsum yang filling tuh (satu dim sum harga RM1). Semalam akak beli campur2 dengan DIMSUM2 lain.
 



Paling akak geram,  setelah tawaf pesta ni 17 kali rupanye rupanya ada PULUT AYAM ni, masa akak kat KRABI ada makan pulut dan ayam ni, ayam dia sedap (perapan diaorg tu marbeles uols) tu rasanya mcm nak MEREPEAT pergi hari ni nak beli PULUT tuh hahahaha----> alasan terbaik nak pergi lagi :P



Dan tak WAJIB kalau tak letak gambar BENDA VIRAL kan
tentunya ROTI PELANGI PETANG dengan PAU BERBENTUK AYAM


 
 
Glamour tau hadek buat roti pelangi/ rainbow bread ni masuk blog Ahkak Diva ko kene sembah ratu tau kat ahkak dek
 
Maaflah kualiti gambar PAU BENTUK AYAM KATIK ni tak lawa sebab ramai org... ahkak menyelit je, terus snap sepantas kilat okeh..tak kuasa dah nak zoom bagaiiii
(berasap lagi tu, NAMPAK??)
 
 

 
OK korang dah penat akak cite..tak RETI-RETI ke nak pergi ??babai