Monday, October 29, 2018

TRAGEDI BERJALAN DLM HUJAN DI SYDNEY

Rasanya kesemua ummat org dah tau yang ramalan cuaca di Australia selalu tepat. Haji Azman (our tourist guide) ada bagitau memang masa kami datang,  ada sehari yang akan hujan. Seawal pagi dh hujan uols....haha tapi misi tetap diteruskan sebab kami dah beli awal2 secara online tiket ke Madame Tussaud Australia.  Kali ni free and easy day, kami jalan2 naik bas dan tren sahaja ke bandar Sydney, Dari rumah kami tunggu bas dalam hujan, sempat pulak membawang dengan pakcik bawak bas sambil ketawa riang, pakcik yang bawak bas tu warga Thailand tapi accent omputih dia superb uols.


Bas bawa kami ke stesyen train..dan kami sampai ke bandar dari Stesyen train area umah (lupa nama) ke stesyen Darling Harbour, kemudian jalan kaki menuju Madame Tussauds. Sampai sahaja di Madame Tussauds, macam biasa kat sini aksi wajib adalah bergambar dengan patung lilinnya takkan nak bergambar dengan akak ponti plak ye dak?

 Tak dapat nak tengok  Opah Oprah Winfrey face to face, dengan patung pun boleh lah


 Sedondon plak di situ serba hitam kecuali THE QUEEN



 Dia SERIUS, akak main CAK2 plak 😝


Jangan kecam ye akak gambar dgn NUN ni, akak masih muslimah sejati uols



 DIA tetap takleh lawan kecomelan akak kan? #matilaangakucomelisme



 Terasa hakak duduk sebelah GIANT (walhal perasan diri sendiri kecik)


 JOM KITA TANGKAP BUAYA DALAM ZOO






 DIA buat PASTRI, akak buat KARIPAP




 Ni lah sebab akak langsung tak lepas jadi model walhal ko mmg dasar gemuk + rendah tak ngaku kan





sempat tau Ricky Martin ajak akak duet  lagu tak tun tuang sebuah
  




Adik Justin BIBIR Bieber ni ajak akak bergambar sebab dia ingat akak artis rock




Akak tolong pegang MIC rihanna pun jadilah uols


Sempat gak akak menyumbang bakti main basketball,jaga tiang dan berlari lompat pagar sebab nak buang kalori uols




 Nasib muat akak pakai skirt lady gagap tu, kalau tak muat akak sentap 17 keturunan

 Dengan lagenda arwah MJ is WAJIB okayh




OK lah, sebenarnya banyak lagi gambar tapi cukuplah dak...kang korang MUNTAH MERAH plak menengoknyer, lagipun akak pilih gambar yang akak nampak slim dan senonoh je tak baik bukak pekung katanya.



 Tokoh sejarah dan ilmuwan macam Mahatma Ghandi dan  Albert Einstein pun ada uols bukan retis je tau, patung Einstein kat belakang tu



Keluar je Madame Tussaud ,masih hujan uols, memandangkan sekitar Darling Harbour tu kami nampak cafe ni je, maka pekenalah kopi dengan sedikit makanan sebab harga bleh tahan..portion kecik je haha





Nampak tak portion makanan tecit je, tapi jadilah buat alas perut bersaiz gajah kami



Keluar pun masih hujan makanya kami amik gambar dalam hujan + kabus di sekitar Darling Harbour, sejuk tu takyah ckp memang terlampau weh




Masih di Darling harbour lagi ,ditemani hujan rintik membasahi bumi yang membawa rezeki Ilahi



Dinding batu bata belakang tu adalah tandas, depan tandas pun jadik nak posing. Btw, tandas dia walaupun takde air, yang mengagumkan tandas ini langsung tak berbau hancing atau busuk okeh..bersih je. Kami mmg dah standby botol so amik air kat sinki luar bawak ke tandas..hah gitu!


okeh setakat ini dahulu,rasa mcm dah setahun akak karang pasal Sydney ni tapi tak habis2 :nanges lebat:

Thursday, October 11, 2018

Sambungan - Sydney Part 3 (Ntah tak ingat part bape dah)





OPOCOT mak kau jangan terkejut saje je akak nak bagi TRAILER kat korang  jadah sangat bagi trailer letak buaya sebagai entry kan

Hakak dah tak ingat hari ke berapa yang pasti baju akak pakai masih sama, maksudnya hari yang samalah kot, kami dibawa berkunjung ke  Featherdale Wildlife Park.




Tanpa membuang masa dan membuang keringat yang menitis membasahi bumi walhal type dalam aircond, meh kita berkenalan dengan haiwan-haiwan di ZOO ini...


Nampak tak muka kakak yang penuh keimanan GUMBIRA sebab dapat bagi makan kangaroo, kangaroo ni memang menunggu je kita bagi makanan berbentuk dedaunan kering  yang boleh dibeli di luar pintu masuk zoo dengan harga $2 AUD tak silap kaka. Kangaroo sini semua jinak ok, memang layan lah dapat bagi makan mereka secara langsung depan muka.



Sama tak? sape kata sama kakak sumpah jadi kangaroo.. cantik mahkota dia uols , akak nak custom madelah satu mahkota camni nak kalahkan Dato Vida punye mahkota #eyyy


Dan saksikanlah kakak acah jadi wartawan pencinta Koala dari Sydney


Tak lupa juga dapat menonton penguin makan secara live bersama sedikit  tazkirah penerangan daripada penjaga haiwan di zoo tersebut


 Comeiii kan jemaah penguin itu



sambil-sambil beramah mesra dengan haiwan dan fauna di zoo, kakak juga sempat beramah mesra ngn dua kanak2 omputih yang dibawa oleh ibu/ibu saudara mereka...comel sesangat macam penguin budak dua orang ni


Hah baca info tu jangan tak baca uols

 Sempat juga snap koala ni yang pastinya sah-sahlah dia tengah tidur kan



yang tak tidur yang ni je uolsπŸ‘‡πŸ˜›πŸ˜πŸ˜



 oh ye ada juga gambar kakak ye dengan panda tak tidur tapi kene bayarlah haha



 Ni gambar sebelum balik, banyak lagi binatang tapi malas lah nak upload nak datang sendiri ye uols #matilaastatementmintakkenecharut



















Tuesday, October 2, 2018

Hakak Berpegang Pada Janji

Seperti yang dijanjikan dan dinantikan oleh peminat oleh Kak Diba untuk semua, dah sampai keBlue Mountain,Sydney mestilah kami terus ke Scenic World. Nak dipanjangkan cerita, korang kene masuk website ni dan tengok sendiri satu-satu tarikan yang menarik, kalau rajinlah bak kata pepatah membaca jambatan  ke sorga ilmu.



Tapi bagi kak Diba Scenic World ni sangat menarik sebab korang boleh menerokai keindahan alam semulajadi dan hutan di Blue Mountain ni dengan mana-mana cara yang adventure seperti di bawah, iaitu boleh pilih nak naik skyway/ railway/ calbleway dan sudah pasti menelusuri hutan dengan walkway 



Pilihan kami sekeluarga  berlima pada hari tersebut ialah menuruni  hutan dengan scenic railway iaitu keretapi paling CURAM di dunia dengan 52 darjah dan 128% kecerunan



Inilah rupanya...waktu part curam tu tak sedar sebab keretapi ni agak sempit macam naik roller coaster versi santai , tak laju, but BESTπŸ‘πŸ‘

Dan dekat dalam hutan tu juga dipamerkan model LAMA train ni yang open okayh takde dinding, kalau akak hidup zaman tu memang takdenye lah hakak nak naik,,,,hahaha. So kami abadikan juga gambar di tren model lama ni



Bila dah turun, kami jalan-jalan dalam hutan sambil melihat pelbagai spesis pokok dalam hutan ni yang memang malar hijau dan sangat sejuk.

 Sebagai seorang budak biol biologi, hakak memang suka tengok spesies pokok nak2 macam pokok kat bawah ni yang dipanggil kissing trees (nampak tak pokok tu bersenggama berciuman hah gituh ko)



 Ni gambar kami kat walkway, kalau kat Malaysia ala2 dekat canopy walk FRIM rasanya walaupun akak tak pernah sampai  pun canopy walk FRIM tuh #matilaanak

Kat dalam ni jugak ada tapak bekas lombong arang batu...jadi kami pun sempatlah bergambar jugak


Lepas dah round-round dalam hutan, nak balik semula ke stesyen kat atas puncak kami amik cableway, haritu skyway je tutup sebab maintenance, beza skyway dengan cableway ni, 
skyway lantai dia cermin uols, leh nampak terus pokok kat bawah kaki 



Last but not least posed terlajak maut sebelum meninggalkan Scenic World





macam biasa..teaser next entry adalah





ALL ABOUT PANDA





 

 atas pokok tu gambor panda betuii tau bukan panda jadian anak patung panda