Bas bawa kami ke stesyen train..dan kami sampai ke bandar dari Stesyen train area umah (lupa nama) ke stesyen Darling Harbour, kemudian jalan kaki menuju Madame Tussauds. Sampai sahaja di Madame Tussauds, macam biasa kat sini aksi wajib adalah bergambar dengan patung lilinnya takkan nak bergambar dengan akak ponti plak ye dak?
Tak dapat nak tengok Opah Oprah Winfrey face to face, dengan patung pun boleh lah
Sedondon plak di situ serba hitam kecuali THE QUEEN
Dia SERIUS, akak main CAK2 plak 😝
Jangan kecam ye akak gambar dgn NUN ni, akak masih muslimah sejati uols
DIA tetap takleh lawan kecomelan akak kan? #matilaangakucomelisme
Terasa hakak duduk sebelah GIANT (walhal perasan diri sendiri kecik)
JOM KITA TANGKAP BUAYA DALAM ZOO
DIA buat PASTRI, akak buat KARIPAP
Ni lah sebab akak langsung tak lepas jadi model
sempat tau Ricky Martin ajak akak duet lagu tak tun tuang sebuah
Adik Justin BIBIR Bieber ni ajak akak bergambar sebab dia ingat akak artis rock
Akak tolong pegang MIC rihanna pun jadilah uols
Sempat gak akak menyumbang bakti main basketball,jaga tiang dan berlari lompat pagar sebab nak buang kalori uols
Nasib muat akak pakai skirt lady gagap tu, kalau tak muat akak sentap 17 keturunan
Dengan lagenda arwah MJ is WAJIB okayh
OK lah, sebenarnya banyak lagi gambar tapi cukuplah dak...kang korang MUNTAH MERAH plak menengoknyer, lagipun akak pilih gambar yang akak nampak slim dan senonoh je
Tokoh sejarah dan ilmuwan macam Mahatma Ghandi dan Albert Einstein pun ada uols bukan retis je tau, patung Einstein kat belakang tu
Keluar je Madame Tussaud ,masih hujan uols, memandangkan sekitar Darling Harbour tu kami nampak cafe ni je, maka pekenalah kopi dengan sedikit makanan sebab harga bleh tahan..portion kecik je haha
Nampak tak portion makanan tecit je, tapi jadilah buat alas perut bersaiz gajah kami
Keluar pun masih hujan makanya kami amik gambar dalam hujan + kabus di sekitar Darling Harbour, sejuk tu takyah ckp memang terlampau weh
Masih di Darling harbour lagi ,ditemani hujan rintik membasahi bumi yang membawa rezeki Ilahi
Dinding batu bata belakang tu adalah tandas, depan tandas pun jadik nak posing. Btw, tandas dia walaupun takde air, yang mengagumkan tandas ini langsung tak berbau hancing atau busuk okeh..bersih je. Kami mmg dah standby botol so amik air kat sinki luar bawak ke tandas..hah gitu!
okeh setakat ini dahulu,rasa mcm dah setahun akak karang pasal Sydney ni tapi tak habis2 :nanges lebat:
No comments:
Post a Comment