Moh Klik Nuffnang Saya

Sunday, June 4, 2017

Ke MIRI pula kita (part 2)

Adoi, takde mood sungguh nak siapkan entry MIRI ke-2 ni sebab gap jauh sangat (read: hakak dah malas nak sambung uols)

Kat Miri ni kitaorang bukan setakat duduk kat Bandar je, bandar dia very da complete uolss, dahle hotel iols stay tu kat dalam Mall, pastu semua benda dekat situlah, nak cari makan pun senang, nama hotel tu Hotel Meritz (bolehlah, google utk info lebih lanjut)

Fefeeling model muslimah Ala Kumpulan Nasyid Jawaheer
(read: googlelah kalau tak kenal kumpulan nasyid tuh, haha)

Selain bandar Miri, disebabkan kami ni pergi bekerja bukan santai makan gaji buta ye uols, makanya kami kene menelusuri sungai pergi ke sebuah kampung yang dinamakan Kg Batu Belah Tutoh (BBT)..nak pergi je 3 jam naik bot (depa panggil ekspress boat) dan balik 2 jam setengah, dan dah balik baru aku tau memang banyak buaya gak kat sungai tu #alhamdulillah, akak dah selamat sampai daratan uols...

Tetapi sebelum sampai Marudi (jeti nak naik bot ekspress menuju Kg BBT) kami kene mengharungi jalan yang Allah saje tau perasaannye. Kena duduk dalam Fortuner mcm duk dalam Roller Coaster, terhangguk2 kepala kiri kanan kadang , badan pun tercampak luar kereta depan belakang..MAMPOO??. Perjalanan 44km ambik masa hampir dua jam sebabnye keadaan jalan camtu. Syukurlah kami di Semenanjung Malaysia ni, jalan banyak yg mmg OK nak2 area KL, Putrajaya dan yang sama waktu berbuka dengannya.

Usai menelusuri jalan yang ala2 dalam roller coaster tuh, sampailah kami ke sebatang sungai dan kene naik feri dengan kereta utk seberang sungai, barulah sampai Daerah Marudi, meh layan gambar naik feri sampailah naik bot (kekdahnye, bulan pose ni kapasiti nak menaip pun berkurang---> macamlah iols je yang pose kan).



AKSI NAIK FERI walaupun sungai bukan lebar manapun tapi tetap takde jalan ye uolssss..so masa nilah nak naik feri bukan kat PULAU PINANG jer



Ni plak aksi menaiki bot pergi dan balik 5 jam setengah (nyaris tak kematu montot lebar hakak ni uols)



nampak tak percikan air sungai menghiasi gambarku tatkala bot ,meluncur laju persis subway jepun


Disebabkan kelaparan, makan mee jelah kami atas bot tu ye anak-anak, takkan ko nak cari RNR jual nasi berlauk plak dah kan tepi sungai lebar, luas dan ada buaya ni



Di tengah panas terik, makanya sampailah ke Kg BBT, Subahanallah sesampai je nampak spesies rerama menghisap madu berterbangan atas pokok bunga ni hah..santeks uolsss


Nampak tak dua ekor rerama tu? Kalau tak nampak rasanye dua kali Jumaat lagiklah korang ye ---> jgn marah

So, kat sini kami tengok POS (Point of Sales) bagi program Penyeragaman Harga iaitu bagi memastikan harga minyak petrol dan barang keperluan utama kat sana sama harganya dengan Semenanjung walhal kalau ikutkan mahallah sebab jauh gila kot nak masuk dalam ye dak?Tapi sini harga masih sama kerana menerima subsidi kerajaan



Sebelum balik, akak abadikan gambar atas jambatan menuju ke kg sebelum menaiki bot..sob3x (walhal suka je nak balik....hahahahhahhaha)



Dan sempat merakamkan remang senja di Marudi..gituh (ni dekat area feri)


Esoknye pulak, kami nak balik dah..sebelum belon berlepas ke KL, makanya kami sempat naik ke sebuah bukit bagi menikmati pemandangan keseluruhan bandar Miri dari atas..


Last but not least, dapat gak bergambar di The Grand Old Lady :- Grand Old Lady bukan monumen/ patung wanita tua tau korang tetapi  ia merupakan nama telaga minyak pertama di Miri. Cari-cari kat google baru hakak tahu nama bukit ni adalah Bukit Kanada, kalau tak sempat ke Canada, sini pun bolehlah uols yer. Penemuan minyak pada tahun 1910 di Bukit Canada adalah sejarah penting bagi Bandar Miri ni tau, jadi wajib ke sini!

Meh layan gambar kami kat atas tuh (hatta matahari tgh terik memancarkan cahaya..posed tethappp)




Kat sini ada gak Muzeum Petroleum, tapi cukuplah sekadar hakak bergambar kat luar je buat kenangan, tak sempat nak masuk uolss


Lastly,  SAYONARA to MIRI (till we meet again, in shaa Allah)


ni kat airport MIRI, kecik jah..hehe

Sunday, May 21, 2017

KE MIRI PULE KITA.... (part 1)

Untuk pengetahuan uols semua, iols ni merupakan penggemar mee kolok Sarawak..
sedap oiiii tapi al kisahnya ni first time jejak kasi ke Sarawak.
Selama ni asek makan mee kolok, laksa sarawak dan kek lapis sebab makcik iols (adik ipar kepada mak) Orang Sarawak, hehe..so everytime dia balik memang dia buat ataupun masak makanan di atas..hehe

Jadi, pertama kali menjejakkan kaki ke Miri memang best sebab hari pertama dah pekene mee kolok ok uols...
iols order mee sapi ni, ianya mee kolok juga tapi dimakan bersama sup daging+ perut
memang sedap

iols rekomen makan kat kedai ni, harga pun reasonable uols
KEDAI AWANG MAHYAN



dua-dua photo amek kat web..tq tuan punye sebab dah makan tak layan dah nak selfie bagaiii hahahahhaha
penggemar mee koloklah katakan

OK next destination is makan NASI LALAPAN

Displaying IMG_4447.JPG
NASI LALAPAN ni actually macam nasi ayam penyet tapi dihidangkan dengan lapan jenis ulaman gituh
sebab iols rajin nak menaip harini maka akan iols listkan haha
  1. pucuk ubi celur
  2. kacang panjang
  3. timun
  4. tempe 
  5. sambal lalapan (inilah artis utama)
  6. kobis
  7. protein (ayam/ ikan (ikan mcm2 gak boleh pilih)
  8. tauhu
Disebabkan iols ni bukan penggemar belacan/ udang kering maka iols makan semua di atas dengan kicap dan sambal cili (haha LOSER sangat kan) tapi bagi penggemar belacan ni (sebab rasa belacan dia lain guna udang geragau segar gamaknye) memang bagi depa SEDAP YAHAMPUN
Bau belacan tu bleh melekat setahun okeh ala2 melekatnya bau KARI NASI KANDAQ...hah sanggup??


Ok kalau berminat boleh cuba di sini (antara restoran lalapan yang glamour)

RESTORAN MUARA, DEKAT DGN MIRI WATERFRONT DAN PULLMAN HOTEL


Image result for restoran muara miri


Kemudian, kami juga berangan nak tengok Plankton  nan membiru dia Pantai Tusan, apa kan daya pankton ni ada tarikh2 tertentu je, maka instead of jumpa yang ini

Cantik kan sinaran dari phytoplankton tu



Kami jumpa ini je...ini je MAMPOO

Batu berbentuk KUDA TGH MINUM AIR..pun layan

SUBHANALLAH
Displaying IMG_4285.JPG



Walau[un muka mampak macam Dayang Senandung je semua dalam ni, tetaplah kan nak posed kat BATU KUDA

haha

Displaying IMG_4428.JPG

lupa plak nak bagitau, .. dapat jumpa ibu plankton maroon je chuols
Displaying IMG_4303.JPG

HAHA..bersambung MIRI PART 2

babai

Hang Pi Mana- Ceq pi Utagha

Memula nak ucapkan tahniah sebab KEDAH menang
LETHOPS Kedah, walaupun selaku orang sambal hitam Pahang, iols sedih haha
Menang atau kalah kan adat pertandingan,
Sabar ye Tokti , jgn nangeh
Image result for siti nurhaliza versud Dato K kedah lawna pahang

OK, berbalik kepada entry asal, sebuk yahamat uols meeting makanya sekarang baru gue punyai masa lorr mau ngupdate blog gue ----> dah kenapa tukar slang indonesia ni.haha

Al -kisahnya seperti tahun-tahun sblm ni, iols akan terlibat dengan Mesyuarat Semakan Bajet Kementerian makanya kenelah bawak wakil dari Kementerian Kewangan untuk mendedahkan mereka aktiviti2 Kementerian kami dalam usaha mendapatkan bajet yang sesuai. Gittew ---> gegeh terangkan

Kami menginap di Tabung Haji Hotel and Convention Centre, dekat sangat dengan airport Kepala Batak, ehhh Kepala Batas. Part Meeting, takyahlah iols cite kan (bosan, haha). Meh kita tengok menu breakfast d TH Hotel, banyak gak variety nye..hehe.

Displaying IMG_4170.JPG
 Ini baru first round amik tau, haha..nasi lemak hotel bolehla makan tapi sambal tetap takleh lawan sambal nasi lemak pure kg..hehe, yang best tu ada pulut ikan masin, maka iols amiklah pulut tapi cicah ngn rendang
banyak lagi  hidangan lain yang menarik , tertarik da bomb---> pilihan not bad kesimpulannya

Next, disebabkan kebetulan iols memang ada kawan keje kat kedah, thank u lah Puan Watin kesayangan dtg dari jauh okeh, 10 tahun tidak ketemu akhirnya melepas rindu sambil bertemankan


































skroll lagik


































TADA
Displaying IMG_4186.JPG
tu dia!!! IMAN KUEH TEOW KERANG DGN TELUR GOYANG

satu pinggan mmg tak cukup, so kami bantai 2 pinggan sorang (dasar BURUK LANTAK)
for my liking mmg sedap kueh teow ni weh, cukup ghasa tambah plak telur caer panas2 tuh
memang iols bagi 5 HA !!
eyhh silap 5 BINTANG 
Disebabkan kawan aku yang belanja, tu yang jadi 5 bintang tuh 
hahahahaha lagi SODAP


ok kalau nak rasa kueh teow ni, 
ini alamatnye
IMAN KOEY TEOW 
JALAN SULTANAH SAMBUNGAN, TAMAN PANDAN
ALOQ SETAQ , KEDAH



ni gambar iols ambil dari blog , pemandangan sekitar kedia ini
http://crispoflife.blogspot.my/2015/06/iman-koay-teow-kerang-alor-setar-kedah.html

Image result for kuey teow iman jalan sultanah


Sebab kat Kedah kejap je, sampai sini jelah entri pendek saya
Chow chin Chow ---> kalau lama mungkin lagi byk makanan= GEMOK

Wednesday, May 10, 2017

bingsu doyan

Ada yang baru dengar ke perkataan BINGSU ni??
Sebenarnya sama sekali takde kaitan dengan anak bongsu, gigi geraham bongsu mahupun ibu susuan ye uols
sebenarnya Kak Diva pun baru je mengenali maksud sebenar bingsu ni haha

Ini erti dan maknanya menurut kamus wikรญpedia

Patbingsu atau patbingsoo adalah dessert khas Korea yang sangat digemari, terutama pada hari-hari musim panas yang terik

so maknanya, perkataan asal adalah Patbingsu ye hakak hadik mak ayah dato datin etc .......

Nak dijadikan cerita, Kak Diba ni tetiba ngidam nak pekena durian lepas tengok kawan hakak post kat Instagram beliau pasal durian + bingsu durian ni, pastu ajaklah kawan sekepala nak gi makan sekali semua kebusyan ..sob..sob..sob...lantas hakak lari ke kutub utara sambal bawak durian untuk buat ais kepal durian ni------> ok ni TIPU๐Ÿ˜ƒhehe

Makanya, semalam a.k.a. cuti umum sempena WESAK dan akak pun ganti puasa (kantoi plak ganti pose last minit kan :P)

selepas berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib di IOI CITY MALL PUTRAJAYA, maka tercapailah hajat ahkak sejak dalam perut lagi untuk menikmati "BINGSU DURIAN"ini uols


saje je ZOOM sampai EXTRA LARGE kan (nak suh korang teruja kekdahnye)
Mari kita mengenali struktur2x yang terdapat pada bangunan Bingsu Doyan ini

Yang atas siap ada mahkota tu (mahkota tu takleh makan tau ๐Ÿ˜‹) adalah aiskrim durian rasa mcm durianlah kan takkan rasa rambutan plok)

Yang keliling ala2 batu bata terpacak tuh adalah aiskrim durian potong (serius yang ni superb gila rasa durian dia) oh ye ni menggunakan DURIAN MUSANG KING ye sebab tulah harganya harga KING iaitu RM33 (nasib iols kongsi bertiga okeh haha)

Ditaburi pula dengan conrflakes dan kacang ye (pastu iols makan sampai bawah memula ingat tinggal ais kepal kosong je rupanya ada isi durian lagik terselit dalam tuh) emmmmm dapppp angat

Inilah gambar sebelum dan selepas dihancurkan dgn jayanya

Dan ada gak main course or side dish lain if nak cuba kat kedai ni..kat bawah nanti iols bagi alamat penuh kedai yer

Ni adelah DUMPLINGS (pedas isi dia tapi sedap gak ) rangup sangat di luar


 


Itu dia kedai/restorannya dan yang bawah tu MODEL PILIHAN RESTORAN UNTUK BULAN MAY (jgn tak caya tau, haha)


Alamatnye adalah:   Hanbing, IOI  Resort, 43000 Putrajaya, Selangor, Malaysia (level LG lot kedai tak ingat)

Ampunkan aksi makan terlampau melampau di bawah #keysahplakaku



 
till then, selamat mencuba๐Ÿ˜€

Tuesday, April 18, 2017

JANDA MELETOP vs JANDA BAIK

Selalunya korang dengar nama tempat Janda Baik je kan...kali ni Kak Diva nak bawak uols semua melancong ke Kampung Janda Meletop Era Kebabom

meh sini follow rapat-rapat takut tersungkur plak kat belakang nanti






*


**


***










follow lagik



****




******************

Selamat Datang ke Kampun Janda Meletop - kata kak lina pompom berbaju kurung polos warna hijau



Sebenarnye acah Kak Bedah je tau..hakak Diva pergi Janda Baik, Bentonglah...mana plak ada tempat nama Janda Meletop ye dak? Kalau ada bagitau Kak Diva tau..nak gak melawat ๐Ÿ˜œ


Kami pergi dua hari satu malam je...aksi terlampau adalah BERENDAM SAMPAI TAK RETI NAK BALIK DARI LEWAT PAGI MEMBAWA KE PETANG UOLS


Seriously air memang sejuk, jernih dan bersih ye....angin sepoi bahasa


Makluman awal: jangan muntah hijau tengok model hijabista perasan rembes di pinggiran sungai ini
eh lupa..skang tahun 2017 kan..ape kelas itam putih ye dak walhal nak sorok lemak terkumpul sebenarnya sebab tu letak gambar itam putih

tada..versi 2017

sambil berendam sakan tu, makanan tetap tak lupa kekdahnye sampai terlebih bawak almaklum semua kaki makan kami bbq kan ayam, sosej
 sotong, udang, ikan,potato and list goes on (yang ni tak sempat snap gambar sebab memasing dah lapa + kusyuk main air)




 itu dia muka sekor -sekor kanak kanak ribena keriangan nak terjun masuk air
korang boleh nampak kan air memang jernih sampai aku jakun,
Janda Baik ni memang famous 
tapi aku selaku orang Pahang jati pun baru first time sampai sini beb (memalukan betul...haha)

dua anak dara dan dua mak dara tak ketinggalan nak selfiezah jandas baikas

dah puas berendam kalah badak sumbu dan makan tak ingat, maka tidur semalaman di Cherengin Hotel: Convention and Spa...sebabkan hotel atas bukit so gambar dibawah berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa gituh uols
santeks kan pemandangan? OH MALAYSIA KU


Maka arakian dikisahkan kanak-kanak ribena sambung plak mandi kat pool jadinya tema weekend minggu tersebut adalah BERBASAH-BASAHAN MERECIKS



sekian. aku bagi 5 bintang untuk Janda Baik ni sebab terus lupa masalah bila dgr deruan air yang kuat memacah batuan sungai serta kehijauan dan keredupan alam nan menghijau ..SUBHANALLAH (sampai ko jerit ajak makan pun orang tak dengar tapi makanan habis jugak)

tatatititutu

Sunday, March 19, 2017

MENCARI HARTANAH??

Hehe,korang jangan ingat Kak Diva dah jadi agen hartanah Ladang Gadong pulak ye, al-kisahnya saje nak kongsi sedikit ilmu sebab berjaya menghadiri seminar property talk dekat Tropicana Metropark Subang Jaya 2 minggu lepas tapi harinilah baru gegeh nak update sebab peratus kemalasan lebih tinggi dari kerajinan๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š

Kak Diva mula berjinak dengan bidang hartanah ni sejak terbeli/memang nak beli/ sengaja beli (yang ni korang tentukan sendiri jawapannye ๐Ÿ˜›๐Ÿ˜›) E-book Jutawan Hartanah Bang Hensem. Boleh follow beliau di blog http://abangensem.com/. Abangensem ni juga dikenali sebagai AE atau nama sebenar beliau Meor Zaidee.

Inilah cover E -Book pertama yang gua beli dengan mamat ni (saje guna gua tetibe sebab AE suka guna words gua dalam blog dia).
 

Lepas baca buku ni terus tergerak hati nurani nak menyertai seminar beliau yang hanya berharga RM88 di Shah Alam ketika itu, Alhamdulillah, lepas menyertai saya (kes studi diri sendiri) dah berjaya memiliki sebuah apartment kos rendah yang dibeli ketika itu pada harga bawah pasaran semasa (under market value). Saya tak dapat komisen apa2 untuk mempromosikan blog AE ...tapi jika anda berminat bolehlah follow FB, Blog dan sertai seminar beliau, tak rugi pun menambah ilmu ye dak??

Lepas dah sertai, Alhamdulillah saya tak kecewa langsung dengan pembelian rumah subsale tersebut dan saya dapat keuntungan daripadanya secara pasif padahal memula sangat-sangat takut nak membeli umah second hand/ subsale , terima kasih AE dan Kak Nadot Yusof yang banyak membantu bagi ilmu, al maklumlah, adik baru nak berjinak pinak - jinak gituh. Masa seminar AE jugaklah, saya mengenali kawan beliau yang juga merupakan JUTAWAN HARTANAH iaitu Tuan Faizul Rizuan.

Jadi pada tarikh 12 Mac 2017 (ahad) yang lalu, Kak Diva Berjaya (guna nama Kak Diva semula) menghadirkan diri ke seminar ini, (percuma tau) yang menampilkan dua selebriti terkenal

Faizul Rizuan (Jutawan Hartanah jugak, geng dengan AE)..singkatan nama Faizul Rizuan adalah FR



dan juga ahkak Fazura (mmg glamourlah di kalangan Melayu kan) sebab beliau artis. Untuk pengetahuan korang property talk ni ramai Chinese yang pergi, so When They Ask about Fazura, (sebab ada yang tak familiar, aku kene explain --->tak pasal2 jadi PA Fazura gituh)



Sebab tak sempat nak snap sendiri gambar FR (kusyuk dgr talk), maka ahkak cilok daripada Instagram Tropicana Metropark sajelah ye...itu dia semangat PAHLAWAN MELAYU FR nak kongsi tips dengan kami yang hadir

Perkongsian beliau adalah berkisarkan bagaimana beliau membina portfolio hartanah seawal usia 20-an dengan gaji hanya RM 2500 (if gaji korang bawah pada RM2500 pun boleh ok...)dan betapa untungnya membeli hartanah sebab tiada satupun hartanah di MALAYSIA yang selepas 10 tahun harga makin menurun hatta korang beli hartanah tu dekat tempat yang diklasifikasikan sebagai tepat jin bertendang satu ketika dahulu seperti di
 
  • Bukit Beruntung
  • Lembah Beringin
Dua tempat ni harga hartanah nye meningkat ye selepas 10 tahun....
 
 Kesimpulan yang aku boleh ambil, teruk macam mana pun ekonomi, korang akan dapat untung jugak kalau beli hartanah sebab harganya sentiasa naik bukan makin turun, cuma untung banyak atau sikit jelah kan....aku pun mula sesikit je bukan nye pakar pun, share yang mana aku rasa bermanfaat.

Penutup entri kali ini adalah gambar meletops ngn Kak Fazura Lethops Kebabom nieh, in person bagi aku dia ni sangat cantik dan peramah, kecik je hokey (bilalah iols plak nak kecik macam sheols). Walaupun aku rasa kedatangan dia ni bertujuan menarik investor hartanah melayu, tapi kenyataannya mmg ramai Chinese jugak yang datang pada hari tersebut, papepun tak salah pemaju nak cuba strategi macam ni kan? Good luck Fazura (aku bukanlah peminat fanatik beliau, aku takle nyampah, dan aku taklah minat gegile, tapi dah dia ada..tak salah kan amik gambar?) cuma bagi aku dia pandai berfesyen, baju dia dalam cite manisnye cinta di CAPPADOCIA semua cantek okayh!!

 

NAH untuk tatapan para peminat KAK DIVA..eyh silap ..peminat FAZURA, jgn marah sheols peluk hakak okeh (btw, dia mmg mesra peminat orangnya. kekalkan ye ahkak fazura)
 
till then.

Monday, March 6, 2017

JGN JADI RAKYAT MENTALITI KELAS KE-5

Sekarang ni ramai yang mengeluh...

Harga barang naik
Harga minyak naik
Bila kita nak maju,dah dekat tahun 2020
Aku tak dapat pun BR1M, orang lain kaya daripada aku dapat


Bukan nak kata Kak Diva bagus sangat, tapi selalu yang merungut ni, depa jugaklah yang sebenarnya dalam golongan MENTALITI KELAS KE-5, mengikut kamus Kak Diva, mentaliti kelas ke-5 ni lagi teruk dari kelas ke-3 sebab kalau korang membaca dan buat research, masyakat DUNIA KE TIGA pun dah makin maju sebab pemikiran mereka MAJU

Bukan pemikirannya duk MERUNGUT je, bangun pagi MERUNGUT tengahari MERUNGUT sebelum tidur pun MERUNGUT(mmglah tak MAJU weh)๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…


Meh hakak terangkan ,contoh-contoh mentaliti kelas ke-5 ni

Pergi shoping kompleks, ambik troli pandai, bawak sampai ke kereta pun pandai, tapi bila dah angkut barang ke kereta, troli main letak je kat tepi suka hati ko

Ada ke terfikir??
Susah nanti orang nk parking sebab biar je troli
Selalunye fikir, takpe ada pekerja Bangladesh akan kutip (hayyo...semua nak suruh orang)

Tak salah pun jikalau kita pandang... mana letaknye troli bersusun dan jalan sikit angkut troli kosong tu ke tempat sepatutnya (exerciselah sikit uols)

tapi kebanyakan mall skrang tempat letak troli dibuat berhampiran bagi memudahkan pelanggan.


Lagi satu kalau pergi Restoran Fast Food macam MACD ke BURGER KING ke KFC ke atau SUBWAY dan yg seangkatan dengannya , dah nama pun SELF SERVICE RESTAURANT kan?? Apa salahnya korang kemaskan sendiri meja korang..lagipun selalunya, tempat makan mcm ni memang senang nak kemas sebab semua sampah dalam bentuk kertas dan plastik je...(ini tak, nak jugak tunggu pekerja kemaskan๐Ÿ‘Ž๐Ÿ‘Ž)

Lainlah kalau restoran yang memang ada pekerja kemaskan seperti di kedai-kedai makan biasa dan juga restoran mewah yang dikenakan caj.

Bukan Kak Diva nak puji diri sendiri, tapi Kak Diva memang selalu kemaskan meja sendiri kalau gi restoran layan diri ni, pernah jugak Kak Diva kutip sampah2 kawan2 kat Diva dan tolong buang sebab mentaliti mereka masih lagi mentaliti : biar pekerja yang buat sebab berangan diri memasing adalah VIP sampai rasa hina agaknye buang sampah sendiri (tepuk kepala).

Korang bayangkan pekerja tu nak kene layan kita,serve makanan, dahle restoran fast food gini selalu pelanggannya terlalu ramai, depa gak terkejar-kejar nak kemas meja...tak JATUH PUN STANDARD kalau kemas sampah sendiri, bukan suh korang kemas SAMPAH orang lain pun..

Bila korang dah kemas korang dapat DUA PAHALA secara tak langsung


  1. Pahala sebab mudahkan kerja-kerja si cleaner tempat tuh (korang ingat tak penat ke keje fast food restoran weh dengan gaji yang tak tinggi mana tuh?cuba korang try sekali kalau berani)
  2. Pahala sebab dah bersihkan meja pastu memudahkan the NEXT PERSON yang bakal menduduki tempat tersebut.
Sape kata susah nak buat PAHALA FREE ye dak? Nampak Kak Diva dah bertukar jadi ustazah.

Kesimpulannya, takleh nak salahkan semua orang sebab iols dulupun masa kecik takde kesedaran nak mengemas sendiri tetapi lama kelamaan dah berdikari, jadi apa kata, kita mulakan dengan DIRI SENDIRI dulu dan sebarkan kepada keluarga, rakan-rakan dan seterusnya MASYARAKAT. Kat Jepun dan Korea dah praktik lama tau bersihkan tempat makan sendiri sedari kecil uols...

 Saya tinggalkan gambar ini sebagai pengajaran, kredit kepada blog :http://www.gengviral.com

Come On dah 2017 takkan nak jadi mentaliti kelas ke 5 lagi...WAKE UP GUYS!!!