Tuesday, June 18, 2019

Vietnam Part 2 (matilaa lupa nak sambung)

Elok je aku pergi cerita pasal JJCM kat Melaka tanpa menyambung entry Vietnam aku yang tertangguh. Nampak tak ciri kekertuan kat situ? Sumpah aku lupa aku tak habis lagi sambungan trip Vietnam aku tahun 2018 tu hahahah😉😉sorry ye. orang dh tua mmg gitu

Makanya marilah kita teruskan sambungan di Vietnam, pagi hari kedua tu kami sarapan di kedai Hajah Basiroh, memang kedai ni glamour di kalangan rakyat Malaysia, akak baru hari kedua duk Vietnam terus rindu nasi lemak telur mata okeh, nasi baik sedap haha

Digandingkan pula bersama kopi vietnam memang padulah sebagai sarapan di pagi hari kan


Tak lupa signature dish Vietnam iaitu POPIA VIETNAM, walaupun boleh dapat dah kat Malaysia tapi tetap tak sama feeling dia bila ko makan popia ni kat negara tempat dia beranak dan diperanakkan okayh
Ko tengok tu balutan kulit popia dia kemas lagi perkasa  udang pun besar😋😋

Dah melantak kemain tu, kenelah bergerak ye dak, kami dibawa ke Chu Chi Tunnel/ terowong Chu Chi..memula aku sebut sebagai "cuci" rupanya sebutan sebenar adalah "Kuci" yer, ni tourist guide kami kat sana bagitau sebab dia mmg orang Vietnam jati.Terowong Cu Chi  ni merupakan jaringan terowong bawah tanah yang digunakan pasukan askar Viet Cong sebagai lokasi persembunyian ketika melakukan serangan gerila serta menjadi laluan utama perhubungan dan menghantar bekalan semasa tentera Vietnam berperang dengan Amerika tau. Jaringan terowong ini juga menjadi lokasi penyimpanan makanan, berek senjata dan hospital bagi memberi bantuan kecemasan kepada askar yang tercedera, sangat panjang dan sangatlah lengkap. Inilah replika terowong tu, sebelum kita jalan-jalan sekitar Chu Chi ni memang ada tempat tayangan video dan ada penerangan berkanaan sejarah Chu Chi Tunnel .




















Ni adalah antara bom-bom yang digunakan tentera US. Besaq gedabak uols😦 kalau kene ni mahu tinggal serbuk je kot gamaknya... aku pun taktau sbb tak pernah kene bom ..eyyy

Banyak juga dipamerkan jerangkap samar yang digunakan semasa perang, antaranya yang ni, jatuh bawah tu mmg matilah sebab penuh dengat kawat duri tajam terus menusuk ke organ kau



Hi abam askar tgh tunggu musuh ke tu?iols nak tumpang sekaki selfie😛

Tengah -tengah trip tu kami berpeluang makan ubi kayu cicah kelapa ke gula ntah aku lupa tapi aku makan banyak sebab lapar walhal pagi dah balun nasi lemak #emangdasar





Nak masuk dalam lubang kecik terowong, aku rasa kang tersepit, puas plak bomba nak keluarkan sebab lubang tu kecik weh, org Vietnam kan kecik2.





maka aku masuk jelah lubang size biasa yang kene jalan bongkok sikitlah tapi serius sempit, bila dapat keluar dari lubang tu rasa kelegaan sebab jumpa oksigen yang banyak okayh


Muka bangga siap peace berjaya keluar walhal dalam tu aku cuak gak haha

Sebelum balik, kami abadikan kenangan di map besar laluan terowong yang luas ni

Lepas ke Chu Chi, kami dibawa juga melawat ke War Remnant Museum, masa tu hujan, nasiblah bangunan tertutup tapi gigih jugak bergambar dalam hujan kat luar muzium sebab ada kenderaan perang macam helikopter, kereta kebal peninggalan US kat luar tu.



 Satu keunikan dalam muzeum ni , kita dapat lihat kesan akibat peperangan kerana US menggunakan " agent orange" iaitu senjata kimia berbahaya yang menyebabkan kesan bukan sahaja kepada mangsa malah generasi selepasnya sebab senjata kimia ni akan berikan kesan kepada genetik kita. Korang boleh google dan baca untuk tahu lebih lanjut ye.

Disebabkan itu, ramai anak-anak mangsa perang ni cacat, ada masalah kesihatan. Dalam muzium ni , kita boleh lihat sendiri mangsa alami kesan kecacatan tu sebab agent orange ni beri kesan macam bom atom juga kerana dioksin daripada agent orange ni boleh kekal dalam badan manusia 11 hingga 15 tahun atau boleh sampai 20 tahun juga.

Mereka yang menjadi mangsa kesan darpada agent orange ini diberi peluang untuk hasilkan seni kraftangan dan dijual dalam muzium ini. Kita boleh lihat pelbagai jenis kecacatan yang dihadapi. Bila tengok depa ni, automatik rasa syujur pada diri kita yg sihat tubuh badan dan duduk di negara aman damai, Alhamdulillah #ensap






Cantik kan dia ni, dia tak boleh jalan sebab kecacatan kaki ( lupa nak tanya lumpuh ke camne )




Jangan lupa jika anda sampai sini, belilah cenderamata sebagai tanda sokongan, cantik2 tau


bersambung part 3 nanti ye, iols tinggalkan korang dengan video pembuatan kulit popia vietnam...
selamat menonton












Thursday, May 30, 2019

JALAN-JALAN MELAKA 2018

Seperti biasalah kan, aktiviti jalan-jalan dalam Malaysia dilakukan pada tahun 2018, tapi 2019 baru aku dapat coretkan itupun sesak napas nak curik masa nak oii Alhamdulilah tahun lepas dapat berjalan oversea tapi g Vietnam je, kekdahnye payah yahamat nak cuti walaupun cuti ko berlambak. jadinya kita jalan-jalan dalam Malaysia yang tak kurang hebatnye uols
( sambil nyanyi lagu cuti2 Malaysia fefeling suara Tok Ti)

 
Yang tak pernah dengar lagu ni sila google ye kalau dak,
 KEWARGANEGARAAN anda adalah layak untuk DIPERSOALKAN
sebab bangla dan nepal pun hapal tau lagu ni yuols
 
Sebenarnya bulan berapa pun iols dah lupa sesi jalan2 cari makan di Melaka ni, jadi kita teruskan jelah ye, masa tu Jumaat ( iols cuti) jadi gerak dalam pukul 11 kot , benti solat jumaat untuk Encik Driver sebab pergi dua kete...
Sampai je Melaka sah2 perut dah berkeroncongkan, makanya kami layan Asam Pedas walaupun banyak kedai tutup di Hari Jumaat nan mulia itu
 
kami layan kat sini, adik iols kata asam pedas kedai yang berhadapan kedai ni yang sedap tapi tutup, maka kami singgah sini
 

 
 Asam pedas pari adalah wajib, kami order asam pedas pari, asam pedas daging tetel dan iols order asam pedas ayam. Bagi iols asam pedas tetel dia paling sedap, yang ayam tak berapa sebab dia guna ayam dr nasi ayam then buh kuah je, sepatutnya yang sedap kene masak ayam tu fresh2.

Untuk budak-budak pula boleh order nasi ayam, ayooo Amjad tu tengah terbersin gamaknye tuh dalam gambar ni..hahahahaha

Amjad menikmati nasi ayam ditemani  papanya ( papa ni suami pengasuh amjad)

Sebelah malam pula, kami lepak makan di Muara Sungai Duyung Melaka. Nama kedainya iols tak ingat tapi hujung sekali. Iols selalu makan ikan pari bakar je, tapi kat sini ada pari celup tepung, sekali rasa mak aii sedap sgt rupanya, dahle makan panas-panas, cicah pula dengan kicap yang disediakan..tangkap leleh dahle aku taip ni tengah puasa, dugaan sungguhlah

Boleh pilih nak makan dengan nasi lemak/nasi putih sebab kebiasaannya semua gerai ikan bakar sini serve dengan nasi lemak...


Lepas makan semua gembira maka kene selfie haha tapi Amjad ngn Amnaa dah sibuk dengan mainan kipas..
 Pandai tauke kedai tu letak kedai mainan dekat dengan kedai makan


Lepas dah mengenyangkan perut kami ambil angin malam dengan menaiki river cruise sungai Melaka, menarik tau pemandangan malam kat sini, nak tau kene naik.  Iols suka mural-mural sepanjang bangunan, Kg Morten dan landskap yang cantik disimbahi lampu begemerlapan tuh, so lovely


jum layan gambar, ada video tapi macam susah plak nak upload sorry ye

 
Ni namanya posed ala-ala pengacara jemputan nona hahahahhaa
 
 
Amjad dan Amnaa super excited naik cruise sambil tengok air sungai sebab  tu dedua tak pandang kamera walhal hari-hari kat rumah lalu sungai pahang kot
 
Amnaa spoiled gambar maklong
 
Last but not least, dah habis trip kita posing last
 
 
Then habis tu balik homestay dan tidur dgn jayanya, Esoknye pepagi lepas sarapan terus bergerak ke Zoo Melaka. Sebabb bawak budak2 tentulah kami amik tren nak pusing2 dalam zoo kan terus aku pun rasa mcm budak tadika
 

Macam biasa paling excitedpart bagi maka makan gajah, best sgt2, Amnaa dgn Amjad excited bagi makan roti wholemeal dan carrot utk gajah maklong dia pun teruja 2x5

 
Habis menjelajah zoo, kita gambar gak depan zoo



sempat lagi bergaduh si mena dengan mejad ni,
dah bape kali amik baru dpt yang proper mcm bawah ni
 
itupun Amjad buat mulut itik dan mena buat muka gengster tak puas hati
 
kemudian kami jalan-jalan bandar hilir cari souvenier dan cuci mata, disebabkan panas terik bagai tiada ampun, iols pun tergoda dengan Cendol Durian King Taming Sari,
kecik je gerai dia tapi betul2 strategik di tengah2
maka akak pun makanlah tapi amik yang dengan aiskrim vanila je sebab yang durian musang king mmg mahal lah ye dak,
big portion dan santan dia tu
mmg lemak namateyyy ...sedap okayh dikala panas lit-lit tuh
 
 
tadaaa model cendol muka tak siap
 
sebelah petang pulak, kami mandi kolam melayan Menaa dan Mejad
eh ada duyung ungu plak dah belah kanan tu 😛
Amnaa ko dah kenapa nak peace ke nak korek hidung? ayoyoyo
 
 
Esoknye kami siap-siap nak balik dah tapi sempatlah singgah Kg Morten yang merupakan salah satu tarikan di melaka, semua rumah tradisional dia masih terpelihara dan  cantik + bersih sangat2 kampung ni
 
 
layan dulu gambar kat homestay
 
 
GAMBAR SELEPAS
 
 
HAKIKATNYE SEBELUM TU KO TENGOK AMNAA MENGAMUK

 

 
 Kat Kg Morten ni ada satu rumah yang memang dibuka untuk dipamerkan barangan lama dan ada seorang pakcik yang juga pemilik rumah jadi guide dalam tu, memang ramah pakcik ni dan best sangat penerangan dia pasal sejarah

 
 Korang tau tak fungsi-fungsi alatan kat dalam gambar ni? taktau wajib datang sini
 
 
 

 
 
 
Merenung keluar jendela kemain anak dara sorang ni cari jodoh lah tu
 
Tak lupa kami juga ambil gambar di pelbagai sudut yang penuh peninggalan antik dan bersejarah dalam rumah yang dipelihara rapi ini
 
 
 
 
 
si kecik ni tak padan kecik dah nak bersanding bagai walhal maklong dia yang suh gambar kat situ
 
 
Antara rumah-rumah lain yang sempat diabadikan dalam kamera handphoneku haha, bagi iols semua ruman-rumah ni syanteks

 
Rumah merdeka
 
 
 
 

ni gambar kat sungai (tempat yang kami river cruise tu)
 
 
nanti nak try river cruise siang pulak


 dan gambar reramai depan umah yang muzium tadi tu

 
Ok dah nak habis tapi sebelum balik dari melaka sempat kami sopink belacan dan cencaluk untuk mak dan sedara mara sebab aku dgn adik mmg tak makan belacan dasar omputih celup dan kami beli gak ikan masin etc

 

 
 
 Tak lupa juga mencuba COCONUT SHAKE KLEBANG kalau g MELAKA
tak try yang ni baik takyah dtg melaka okayyy
 

 

 


 
 

 
babai