Sunday, May 21, 2017

KE MIRI PULE KITA.... (part 1)

Untuk pengetahuan uols semua, iols ni merupakan penggemar mee kolok Sarawak..
sedap oiiii tapi al kisahnya ni first time jejak kasi ke Sarawak.
Selama ni asek makan mee kolok, laksa sarawak dan kek lapis sebab makcik iols (adik ipar kepada mak) Orang Sarawak, hehe..so everytime dia balik memang dia buat ataupun masak makanan di atas..hehe

Jadi, pertama kali menjejakkan kaki ke Miri memang best sebab hari pertama dah pekene mee kolok ok uols...
iols order mee sapi ni, ianya mee kolok juga tapi dimakan bersama sup daging+ perut
memang sedap

iols rekomen makan kat kedai ni, harga pun reasonable uols
KEDAI AWANG MAHYAN



dua-dua photo amek kat web..tq tuan punye sebab dah makan tak layan dah nak selfie bagaiii hahahahhaha
penggemar mee koloklah katakan

OK next destination is makan NASI LALAPAN

Displaying IMG_4447.JPG
NASI LALAPAN ni actually macam nasi ayam penyet tapi dihidangkan dengan lapan jenis ulaman gituh
sebab iols rajin nak menaip harini maka akan iols listkan haha
  1. pucuk ubi celur
  2. kacang panjang
  3. timun
  4. tempe 
  5. sambal lalapan (inilah artis utama)
  6. kobis
  7. protein (ayam/ ikan (ikan mcm2 gak boleh pilih)
  8. tauhu
Disebabkan iols ni bukan penggemar belacan/ udang kering maka iols makan semua di atas dengan kicap dan sambal cili (haha LOSER sangat kan) tapi bagi penggemar belacan ni (sebab rasa belacan dia lain guna udang geragau segar gamaknye) memang bagi depa SEDAP YAHAMPUN
Bau belacan tu bleh melekat setahun okeh ala2 melekatnya bau KARI NASI KANDAQ...hah sanggup??


Ok kalau berminat boleh cuba di sini (antara restoran lalapan yang glamour)

RESTORAN MUARA, DEKAT DGN MIRI WATERFRONT DAN PULLMAN HOTEL


Image result for restoran muara miri


Kemudian, kami juga berangan nak tengok Plankton  nan membiru dia Pantai Tusan, apa kan daya pankton ni ada tarikh2 tertentu je, maka instead of jumpa yang ini

Cantik kan sinaran dari phytoplankton tu



Kami jumpa ini je...ini je MAMPOO

Batu berbentuk KUDA TGH MINUM AIR..pun layan

SUBHANALLAH
Displaying IMG_4285.JPG



Walau[un muka mampak macam Dayang Senandung je semua dalam ni, tetaplah kan nak posed kat BATU KUDA

haha

Displaying IMG_4428.JPG

lupa plak nak bagitau, .. dapat jumpa ibu plankton maroon je chuols
Displaying IMG_4303.JPG

HAHA..bersambung MIRI PART 2

babai

Hang Pi Mana- Ceq pi Utagha

Memula nak ucapkan tahniah sebab KEDAH menang
LETHOPS Kedah, walaupun selaku orang sambal hitam Pahang, iols sedih haha
Menang atau kalah kan adat pertandingan,
Sabar ye Tokti , jgn nangeh
Image result for siti nurhaliza versud Dato K kedah lawna pahang

OK, berbalik kepada entry asal, sebuk yahamat uols meeting makanya sekarang baru gue punyai masa lorr mau ngupdate blog gue ----> dah kenapa tukar slang indonesia ni.haha

Al -kisahnya seperti tahun-tahun sblm ni, iols akan terlibat dengan Mesyuarat Semakan Bajet Kementerian makanya kenelah bawak wakil dari Kementerian Kewangan untuk mendedahkan mereka aktiviti2 Kementerian kami dalam usaha mendapatkan bajet yang sesuai. Gittew ---> gegeh terangkan

Kami menginap di Tabung Haji Hotel and Convention Centre, dekat sangat dengan airport Kepala Batak, ehhh Kepala Batas. Part Meeting, takyahlah iols cite kan (bosan, haha). Meh kita tengok menu breakfast d TH Hotel, banyak gak variety nye..hehe.

Displaying IMG_4170.JPG
 Ini baru first round amik tau, haha..nasi lemak hotel bolehla makan tapi sambal tetap takleh lawan sambal nasi lemak pure kg..hehe, yang best tu ada pulut ikan masin, maka iols amiklah pulut tapi cicah ngn rendang
banyak lagi  hidangan lain yang menarik , tertarik da bomb---> pilihan not bad kesimpulannya

Next, disebabkan kebetulan iols memang ada kawan keje kat kedah, thank u lah Puan Watin kesayangan dtg dari jauh okeh, 10 tahun tidak ketemu akhirnya melepas rindu sambil bertemankan


































skroll lagik


































TADA
Displaying IMG_4186.JPG
tu dia!!! IMAN KUEH TEOW KERANG DGN TELUR GOYANG

satu pinggan mmg tak cukup, so kami bantai 2 pinggan sorang (dasar BURUK LANTAK)
for my liking mmg sedap kueh teow ni weh, cukup ghasa tambah plak telur caer panas2 tuh
memang iols bagi 5 HA !!
eyhh silap 5 BINTANG 
Disebabkan kawan aku yang belanja, tu yang jadi 5 bintang tuh 
hahahahaha lagi SODAP


ok kalau nak rasa kueh teow ni, 
ini alamatnye
IMAN KOEY TEOW 
JALAN SULTANAH SAMBUNGAN, TAMAN PANDAN
ALOQ SETAQ , KEDAH



ni gambar iols ambil dari blog , pemandangan sekitar kedia ini
http://crispoflife.blogspot.my/2015/06/iman-koay-teow-kerang-alor-setar-kedah.html

Image result for kuey teow iman jalan sultanah


Sebab kat Kedah kejap je, sampai sini jelah entri pendek saya
Chow chin Chow ---> kalau lama mungkin lagi byk makanan= GEMOK

Wednesday, May 10, 2017

bingsu doyan

Ada yang baru dengar ke perkataan BINGSU ni??
Sebenarnya sama sekali takde kaitan dengan anak bongsu, gigi geraham bongsu mahupun ibu susuan ye uols
sebenarnya Kak Diva pun baru je mengenali maksud sebenar bingsu ni haha

Ini erti dan maknanya menurut kamus wikípedia

Patbingsu atau patbingsoo adalah dessert khas Korea yang sangat digemari, terutama pada hari-hari musim panas yang terik

so maknanya, perkataan asal adalah Patbingsu ye hakak hadik mak ayah dato datin etc .......

Nak dijadikan cerita, Kak Diba ni tetiba ngidam nak pekena durian lepas tengok kawan hakak post kat Instagram beliau pasal durian + bingsu durian ni, pastu ajaklah kawan sekepala nak gi makan sekali semua kebusyan ..sob..sob..sob...lantas hakak lari ke kutub utara sambal bawak durian untuk buat ais kepal durian ni------> ok ni TIPU😃hehe

Makanya, semalam a.k.a. cuti umum sempena WESAK dan akak pun ganti puasa (kantoi plak ganti pose last minit kan :P)

selepas berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib di IOI CITY MALL PUTRAJAYA, maka tercapailah hajat ahkak sejak dalam perut lagi untuk menikmati "BINGSU DURIAN"ini uols


saje je ZOOM sampai EXTRA LARGE kan (nak suh korang teruja kekdahnye)
Mari kita mengenali struktur2x yang terdapat pada bangunan Bingsu Doyan ini

Yang atas siap ada mahkota tu (mahkota tu takleh makan tau 😋) adalah aiskrim durian rasa mcm durianlah kan takkan rasa rambutan plok)

Yang keliling ala2 batu bata terpacak tuh adalah aiskrim durian potong (serius yang ni superb gila rasa durian dia) oh ye ni menggunakan DURIAN MUSANG KING ye sebab tulah harganya harga KING iaitu RM33 (nasib iols kongsi bertiga okeh haha)

Ditaburi pula dengan conrflakes dan kacang ye (pastu iols makan sampai bawah memula ingat tinggal ais kepal kosong je rupanya ada isi durian lagik terselit dalam tuh) emmmmm dapppp angat

Inilah gambar sebelum dan selepas dihancurkan dgn jayanya

Dan ada gak main course or side dish lain if nak cuba kat kedai ni..kat bawah nanti iols bagi alamat penuh kedai yer

Ni adelah DUMPLINGS (pedas isi dia tapi sedap gak ) rangup sangat di luar


 


Itu dia kedai/restorannya dan yang bawah tu MODEL PILIHAN RESTORAN UNTUK BULAN MAY (jgn tak caya tau, haha)


Alamatnye adalah:   Hanbing, IOI  Resort, 43000 Putrajaya, Selangor, Malaysia (level LG lot kedai tak ingat)

Ampunkan aksi makan terlampau melampau di bawah #keysahplakaku



 
till then, selamat mencuba😀