Sebenarnya sama sekali takde kaitan dengan anak bongsu, gigi geraham bongsu mahupun ibu susuan ye uols
sebenarnya Kak Diva pun baru je mengenali maksud sebenar bingsu ni haha
Ini erti dan maknanya menurut kamus wikípedia
Patbingsu atau patbingsoo adalah dessert khas Korea yang sangat digemari, terutama pada hari-hari musim panas yang terik
so maknanya, perkataan asal adalah Patbingsu ye hakak hadik mak ayah dato datin etc .......
Nak dijadikan cerita, Kak Diba ni tetiba ngidam nak pekena durian lepas tengok kawan hakak post kat Instagram beliau pasal durian + bingsu durian ni, pastu ajaklah kawan sekepala nak gi makan sekali semua kebusyan ..sob..sob..sob...lantas hakak lari ke kutub utara sambal bawak durian untuk buat ais kepal durian ni------> ok ni TIPU😃hehe
Makanya, semalam a.k.a. cuti umum sempena WESAK dan akak pun ganti puasa (kantoi plak ganti pose last minit kan :P)
selepas berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib di IOI CITY MALL PUTRAJAYA, maka tercapailah hajat ahkak
saje je ZOOM sampai EXTRA LARGE kan (nak suh korang teruja kekdahnye)
Mari kita mengenali struktur2x yang terdapat pada
Yang atas siap ada mahkota tu (mahkota tu takleh makan tau 😋) adalah aiskrim durian rasa mcm durianlah kan takkan rasa rambutan plok)
Yang keliling ala2 batu bata terpacak tuh adalah aiskrim durian potong (serius yang ni superb gila rasa durian dia) oh ye ni menggunakan DURIAN MUSANG KING ye sebab tulah harganya harga KING iaitu RM33 (nasib iols kongsi bertiga okeh haha)
Ditaburi pula dengan conrflakes dan kacang ye (pastu iols makan sampai bawah memula ingat tinggal ais kepal kosong je rupanya ada isi durian lagik terselit dalam tuh) emmmmm dapppp angat
Inilah gambar sebelum dan selepas dihancurkan dgn jayanya
Dan ada gak main course or side dish lain if nak cuba kat kedai ni..kat bawah nanti iols bagi alamat penuh kedai yer
Ni adelah DUMPLINGS (pedas isi dia tapi sedap gak ) rangup sangat di luar
Itu dia kedai/restorannya dan yang bawah tu MODEL PILIHAN RESTORAN UNTUK BULAN MAY (jgn tak caya tau, haha)
Alamatnye adalah: Hanbing, IOI Resort, 43000 Putrajaya, Selangor, Malaysia (level LG lot kedai tak ingat)
Ampunkan aksi makan terlampau melampau di bawah #keysahplakaku
till then, selamat mencuba😀
No comments:
Post a Comment