Monday, March 16, 2020

Tahun 2020 baru nak sambung cerita Vietnam

Nampak tak aku busy, tahun 2018 punya cerita, tahun 2020 baru aku nak karang. Tolong jangan cerca hakak okayh hakak berkhidmat demi negara yang tercinta di curahkan bakti penuh setia sambung sendiri


Maka mempersembahkan....................................

Vietnam Part 3 tahun 2018

MENELUSURI SUNGAI MEKONG


Kalau korang pernah ambil subjek geografi, nama Sungai Mekong / Delta Mekong ini sangatlah famous okay. Layan short video dalam bot ni.







TADA 


 terimalah hakak selaku nelayan moden

 Topi tu memang dia bagi masa nak naik sampan barulah ko rasa jiwa sungai katanya, tapi lepas turun dari sampan, jangan ko bawak balik pulak, PROP je tuh

Memang hebat pendayung sampan sini yang kebanyakannya wanita, gagah perkasa okayh.
Sudahlah sungai sempit, ko kene pastikan sampan ko tak berlanggar dengan orang lain, MAMPOO??

Marilah layan gambar gadis acah nelayan naik sampan ye



Sampai je ke tebing, kami disajikan dengan persembahan nyanyian kebudayaan Vietnam (lupa mana letak video dia) dan tentunya pelbagai buah-buahan tempatan yang masak ranum..semuanya sedap


Jambu batu pink

yang ni aku taktau nama haha, rupa ala-ala buah epal malaysia




 Ni limau vietnam tak silap aku


Boleh juga tengok pembuatan coklat kelapa


Kami turut dihidangkan dengan madu dan buah-buahan kering untuk dicuba dan dibeli 




MANISkan kami? semanis madu haa gittew





 Selain bermadu makan madu, kami juga bermesra dengan haiwan, merasa akak naik kereta kuda kat sini tau, 
Kalau kereta lembu, akak dah pernah naik masa rombongan ke Melaka darjah 2--->ni fakta tau, akak tak tipu






Tapi part ular akak surrender, akak touch sesaat je guna hujung jari tu pun rasa nak MENINGGAL





Kemudian, kami makan tengahari di satu masjid yang memang ada komuniti Islam kat situ, akak lupa pula nama masjid tu apa, sempat solat jamak sekali kat situ






 Sebelum gerak balik ke Malaysia, sempat last minute shoping lagi kat sini (pendek kata , kalau orang azan pun kat sebelah, ko tetaplah membeli sakan kan)






Kami  juga posing sakan kat hotel tempat penginapan. Hotel ni quite bersih dan lokasi tengah bandar , namanya Hotel Adora.


 Acah2 posed macam che ta😛













 Lupa nak cakap kalau dtg Vietnam wajib cuba Viatnamese Pho / 
Mee sup daging Vietnam ni
memang THORBAIK😋😋😋










Allah , dah kenapa rasa macam suria baja hitam plak bila pakai spek ni




PENGSAN