Tuesday, October 3, 2017

SEJENIS KEGIGIHAN

Kenapa aku namakan KEGIGIHAN? bila aku dah start suka buat dan rasa benda tu seronok serta tidak membebankan mahupun mendatangkan kemudhootan(read: kemudaratan) kepada diri sendiri masyarakat setempat dan masyarakat di dunia fana semata ini.

Al kisahnya, seperti orang lain aku juga ada fasa GEMUK dan fasa KURUS, seingat aku, aku pernah berjaya KURUS sebanyak 3 kali dan gemuk tu banyak kali lah hahahahahah tapi gemuk kat sini mungkin gemuk bagi aku tapi tidak di mata korang..GEMUK tu kan subjektif, tapi kan bagi aku GEMUK ke KURUS ke semua tu fizikal je, DON'T JUDGE PEOPLE by THEIR BODIES ok? yang penting depa sihat, selesa dan baik hati gituh.Takkan korang obses nak KURUS sampai jadi aneroxia, nervosa and bulimia (bangga aku type ni sebab memang aku hafal 3 perkataan ni dari kecik sebab sokmo bukak tv ada isu ni hahahahhaha)


Image result for anorexic people

 
OK.Cukuplah sekadar di atas perkongsian akademik kakak berkenaan anorexia, nervosa dan bumilia untuk bacaan lanjut sila dapatkan buku di perpustakaan terdekat dan sumber internet yang sahih.
 
 
Makanya, dengan baik hati kak diba nak sharekan sedikit "mealprep"yang kak diba dah buat dalam usaha nak menjadi lebih sihat dan juga bonus sangat kalau kurang berat badan, in shaa Allah kalau istiqamah memang akan berjaya turun berat badan juga. Maaf untuk yang tak biasa dengar apa itu "mealprep"boleh google ye sebab takde masa nak terangkan. Dan menu-menu di bawah tak semuanya mealprep tetapi ada juga yang dimasak dan dihidang segar dari ladang.
 
Selaku peminum caffein tegar iols akhirnye jumpa sumber caffein yang bagus dari jenama Farm Fresh iaitu Caffe Latte ( mmg sedap menusuk kalbu dan kurang manis bagi yang pemanis mungkin tak berapa suka)
 
Ni antara menu breakfast iols
 
  • satu mug cafe latte
  • 2 keping wholemeal garlic bread (senang je iols sapu butter jenama Ballantyme sebab sedap)
  • hiris/ cincang bawang putih dan taburkan
  • pastu bakar je dalam oven
  •  
TADA!!!!
 
Sebabkan kadang banyak lebihan roti, iols potong dadu je roti tu dan sapu butter pastu bakar dalam oven selama 45 minit pada suhu 175 darjah celcius maka jadilah crouton. Yang ni iols makan dengan kacang buncis comel grilled dengan daging jenama khayr ( no msg, pure farm meat) bleh google.

 
Ada masa jugak iols amik salad, yang ni salad fusion namanya sebab siap letak pegaga untuk awet muda persis che ta  gittew

 
Salad ni adalah campuran pegaga+ salad + daging khayr (beef)
iols makan dengan perahan lemon/limau + hasil tumbuk ( bawang putih+ cili padi+ bawang holand)
 
Ini plak bekal breakfast bila rajin..pizza wholemeal

Bahan-bahannya

1. 2 biji telur
2.pegaga/ sebarang salad/ ulaman/dedaunan
3.cincang bawang holand + cili padi (aku mmg suka pedas)
4. sekeping tortilla jenama mission (aku guna jenis 6 grains sebab cepat kenyang)

Cara Membuatnya
  1. Kacau dan pukul sekuat hati nurani bahan 1-3
  2. Celupkan tortilla dalam campuran
  3. Panaskan secoet minyak dan ratakan dalam non stick pan
  4. Masakkan dan balikkan sehingga rata
  5. Boleh tambah cheese dalam campuran telur tapi jangan banyak sgt ( terlebih cheese tak jadilah menu kurus jadi menu tambah babat ;P )




Untuk dinner plak kadang-kadang aku suka yang ringan2 sebabnye malam kita banyak bersantai kecualilah yang workout waktu malam kan?

Korang boleh cuba menu di bawah:-

Grilled beans + hirisan ayam
Untuk sos iols letak sikit je sos kewpie hot dan sos cili sikit



Ini summary menu-menu kat atas...mostly sama je





 
SELAMAT MENCUBA

Tuesday, September 12, 2017

BILA KO KENE CHICKEN POX MASA KO DAH KERTU ( KERTU KE)

Sebelum saya memulakan entry ini dengan lebih lanjut, KERTU itu bermaksud tua atau lebih sedap bunyinye kalau panggil kertulicious.

Kebiasaannya, chicken pox ni memang dikaitkan dengan kanak-kanak atau bayi tapi chicken pox juga terjadi di kalangan remaja, dewasa dan orang tua ye, dan ahkak salah seorang mangsa chicken pox dewasa itu, masa kecik ramai je sepupu sedara mara kene tapi imun kak diba masa kecik setaraf ultraman kot, tu yang tak kene jangkitan hahhaahaha.

Akak bermula dengan bronchitis gara-gara batuk tak henti, makanya 2 hari straight kene amik neb dekat klinik swasta dan bila malam je demam, hari kedua dah perasan bengkak di leher (bengkak kelenjar) jadinya akak bercadanglah terus ke Klinik Kesihatan, pergi je kene amik darah, syukur darah ok, tapi DR bagi antibiotik untuk bengkak dan waktu jumpa DR baru perasan ada dua bintik ruam gelembung kat tangan dan DR kata mungkin chicken pox, makanya balik akak minum terus air kelapa berdasarkan nasihat rakan-rakan maka hari keempat bintik itu keluarlah dengan jayanya dan DUKACITA dimaklumkan akak memang mengidap CHICKEN POX, tercemar kesucian akak kejap bila bintik2 itu mengganas memenuhi kepala dan muka (nanges).

Gambar di bawah sekadar hiasan tapi ginilah lebih kurang akak kene..kat pipi, hidung dan bahagian atas badan...nasib kaki sikit je dan bintik akak besar2 macam baby ni

Image result for chicken pox
 
bila sakit melanda al maklum sakit akak ni pakej ye (bronchitis + bengkak kelenjar + demam + chicken pox) maka kat situlah ko akan rasa NIKMAT KESIHATAN yang ALLAH bagi. Akak pilih gambar kat bawah ni sebab masa gi klinik lepas bintik dah naik..akak pakai topeng muka supaya orang tak ngeri tgk bintik dan benjolan di muka yang dah serupa ikan flower horn tau hilang kemulusan akak yang persis preity zinta ni.

Image result for syukur di sebalik kesakitan
 
Akak pun ikutlah segala pantang larang ketika chicken pox iaitu yang katanya untuk mengelakkan badan jadi gatal + supaya parut tu tak terlalu teruk. Ini yang akak buatlah ye:-
  • akak tak main hujan/terkena hujan
  • akak tak makan kicap (tapi mmg betul ke kalau makan parut tu jadi hitam??)
  • akak tak makan ayam, seafood dan ikan yang gatal2 (ni ikut tahap badan koranglah)
  • akak tak garu pun bintik chicken pox
dan hasil mengamalkan pantang di atas memang akak turun berat badan (bonus), lagipun masa ni automatik takde selera makan sebab akak ni sakit ke tak sakit selalu selera makan tetap menggunung okeh...

Dan berikut merupakan amalan akak dalam PANTANG BERSALIN CHICKEN POX tersebut:-

  • Akak mandi dengan daun NEEM/SEMAMBU ( rujuk gambar) memang kalau korang google banyak pasal pokok ni untuk penawar chicken pox....akak rebus then masukkan air dan daun sekali waktu nak mandi, mak akak tak bagi mandi (katanye petua org dulu2) tapi akak ni spesies takleh tak mandi, mmg akak mandi macam biasa dua kali sehari tapi air mandian memang campur dgn daun ni nak2 bahagian kepala (sebab kepala akak naik banyak okeh...)
  • Selain daripada digunakan untuk mandi buih, hakak juga letakkan daun ni atas tempat tidur akak...akak alas dengan kain dan letak bawah cadar, pastu tidur/ baring.
Image result for daun semambu chicken pox
Testimoni akak :- bila guna daun ni , Alhamdulillah badan rasa segar, hilang panas dan akak memang tak mengalami kegatalan sepanjang chicken pox berlaku ke atas diriku insan yang lemah dan hina ini.
  • Akak banyak minum air putih disebabkan selera hilang, dalam pantang akak minum milo kotak je waktu pagi, tengahari kadang tak makan walaupun kebuluran dan petang akak makan bubur nasi kosong, tapi bila adik amik dan bawak balik kg, syukur ke hadrat Ilahi sebab mak masakkan sup labu air, dan ikan yang akak makan hanya ikan tenggiri dan selar yang digoreng #lovemymumtothemoonandback
  • Oleh kerana akak chicken pox jatuh dalam Raya Haji dimana orang lain sibuk melantak rendang ayam/daging bagai nak rak, akak bersyukur makan juga rendang tetapi rendang ayam kampung, alhamdulillah tidak mendatangkan kegatalan..syukur
  • Akak juga sapu seluruh badan dengan krim calamine(warna putih) lupa plak jenama sebab kawan belikan, habis satu tube krim tu, akak beli plak lotion calamine (warna pink). Pada pandangan saya akak, penggunaan krim ni akan mempercepat proses pengeringan bintik, menyejukkan dan mengurangkan kerengsaan----> nampak tak ayat macam iklan kat botol bedak ruam hahahahahahaha. Pastu bila pakai krim/lotion ni automatik tangan takkan nak sentuh dah bintik tu hatta korang gatal nak belek/garu.
  • Lepas je bintik2 chicken pox dah nak mula kering dan akak tak demam/batuk dah, teruslah akak consume vitamin E dan vitamin C dengan harapan sel kulit cepat berganti, hilang parut sekaligus juga menggantikan nutrien yang hilang semasa akak sakit-gittew uols, semoga dengan supplement kulit akan yang persis preity zinta ni akan semulus awan gemawan katanyer
  • Usai diisytiharkan boleh keje/tamat MC akak terus membuat bacaan dan carian di GOOGLE, macam mana nak hilangkan parut chicken pox dengan cepat..macam2 jugak jumpa tapi akak memilih untuk membeli krim dermatix, katanya kesan seawal 3-4 minggu akak kira sebulan jelah. Akak juga mandi (untuk badan) dengan sabun Neem jenama HIMALAYA dengan harapan makin cepat penyembuhan bintik (sebab bintik tu nak mengering lama gak) dan pengurangan parut.
  • Berikut gambar produk yang akak gunakan:-
Supplemen tu jenama NOVA yang ni akak kirim kat makcik akak, dia beli je jenama yang ada (suka hati koranglah kan nak guna jenama apepun), krim Dermatix dan juga sabun Neem Himalaya, bau sabun ni sangat wangi tau sebab campuran neem+ lemon+ kunyit, segar je dan bau tu lekat ke bilik air haha.
 
Testimoni nanti akak kasi, tapi setakat ni parut kat muka ada nampak improvement,ni yang akak nampaklah, taktaulah kalau akak syok sendiri haha.

Rasanye itu sajelah akak nak cerita dan doakan kulit akak MULUS, QUDDUS dan TULUS kembalimacam gambar bawah ni:-


Image result for kulit mulus preity zinta
 
babai korang, assalamualaikum
 

Tuesday, August 15, 2017

JANGAN BELI HARTANAH...................

Mesti korang pelik kan bila baca tajuk tuπŸ‘»πŸ‘»πŸ‘»πŸ‘»πŸ‘»

Hehehehe beli hartanah sebenarnya bagus TETAPI

Apa yang menyebabkan kak diva kata JANGAN BELI HARTANAH beli jelah bungalow terus sebiji takpe kalaiu dua bijik bagi kak diva satu makanya please stay tune here

Disebabkan hakak ada amik gambar slide (nampak tak pemalas😏😏 , bukan catat nota tapi amik gambar je, al maklum jaman moden katanye) maka senanglah nak terangkan ilmu..hehe


Perkongsian ini kak diva dapat semasa menghadiri MAPEX 2017 di SACC, mohon izin ye penceramah iaitu Tuan Ahyat Ishak untuk share sedikit ilmu hasil daripada Kak Diva menghadiri talk beliau tempoh hari



Yang pertama:-

 
 
Hakikatnya pembelian hartanah ni tetap ada risiko yang besar sebesar nilai yang perlu korang ada ye dak? takkanlah beli hartanah bayar RM5 ribu je kecualilah korang nak beli tingkap rumah je atau bakal laki korang dermawan dia suh bayar 5 k je :P Maka, setanding dengan nilai tu kene tanam dalam minda korang, tak semua nya INDAH
 
Sebab tu kene ada ilmu tau! Jgn semberono orang beli penthouse, ko pun nak beli. Realiti yang perlu korang hadap adalah, anything can goes wrong dalam bidang hartanah ni. Sebagai contohnya:- nak beli hartanah untuk buat sewa (passive income) lepas tu sampai sudah takde orang berminat nak sewa hartanah tu ATAU nak beli hartanah kengkonon nak jual (dengan harapan harga hartanah tu melambung) tapi sampai ke sudah takde orang nak beli/ ada buyer tetapi harga yang nak ditawarkan rendah ( korang rugi).

Dan layanlah slaid-slaid berkaitan

Slaid #1
 



Haaa, dapat beza tak?? Ada orang kaya kerana HARTANAH dan ada yang jadi kaya beli HARTANAH, Tuan Ahyat nii bagitau Dato Vida yang kaya tu ada berbelas hartanah di Perak tau dan Dato' Rosyam Noor pun ada berbelas hartanah gak, kak Vida Diva pun ada berbelas hartanah gak tau tapi bungalow versi barbie je


Seterusnya yang #2 JANGAN BELI HARTANAH jikalau...anda tiada MASTERPLAN..
 
Masterplan kat sini bermaksud hala tuju anda ye kawan-kawan, ibuk ibuk,kakak abang,adik, itamrazali, senah dan etc
 
samaada hartanah tu
  • nak sewakan ke
  • nak tunggu naik harga pastu jual ke
  • nak duduk sendiri ke??


Image result for set goals
 
Kita Teruskan yang #3 JANGAN BELI HARTANAH kalau TAK TAHU KEKUATAN KEWANGAN.

Ini penting tau... sebab beli hartanah bukan bermodalkan RM10/RM100 je...kalau nak beli hartanah katakan nilainya 500K, korang dah kene tau komitmen bulanan pastinya sekurang2nya 1/2k sebulan, tapi kalau gaji korang pun 2K je (tak ke berpeluh/pitam tuh)...
 
 
 
Pastikan anda tahu keperluan komitmen bulanan dan semua transaksi berkaitan KEWANGAN anda...



kalau kewangan tak santeks
 
-
 
--
 
---
 
----
 
-----
 
------
 
------
 
 
 
Jawabnya kene jual durian/baju bundle lah ye #duakeje
Image result for jual durian

 
Terlebih gegehlah pulak ye dak nak jual durian dah dikupas camni kan...jual longgok sudah

 
Image result for durian longgok



OK , back to main topic: Teruskan yang #4 JANGAN BELI HARTANAH kalau TAK TAHU ILMU PENDINDING


Bukan ilmu pendinding seperti susuk emas/berlian/suasa ye


Image result for pakai susuk emas
 
Mohon jangan tiru aksi di atas hanya kak diva je boleh buat opppsss


Ini dia ilmu pendinding tu;- so pengerasnya setiap org kene transfer rm10 kat kak diva ye :P

1) kenalpasti RISK (risiko) jika nak beli hartanah

2) Kenalpasti REWARD (hadiah/ untung) yang bakal dapat jika beli

TAPI INGAT antar DUA ni mestilah kene tengok RISIKO dulu tau, kalau beli rumah yang orang tak nak sewa memang berkulatlah sampai mereput korang beli tapi tak dapat untung

Jangan sekali-kali terpedaya dengan REWARD (macam cash rebatelah, built in cabinetlah , free SNP lah kalau komitmen korang untuk pembayaran tak cukup)

Ingat RISK lebih besar daripada REWARD!!!


3) Kenal pasti juga 2 E dalam SPM iaitu jalan masuk utk memiliki hartanah dan jalan keluar kalau hartanah tu tak menjadi.

 


Maka bersedialah dengan PLAN A dan PLAN B ye kengkawan, kalau ada plan C dan D dan E hingga Z lagiklah afdhollll..gittew
Image result for plan a or b


Dan sangatlah afdhol kalau korang semua habiskan baca entry kak diba ni...
ketibas (read; ketiak basah) dah tau menaip entry ni haha..

Last tip ke #5


Tak jaga adab ni termasuklah kalau nak beli hartanah tapi stuck dengan hutang-hutang berikut dan yang sama waktu dengannya:-
 
 
 
Image result for hutang ptptnImage result for hutang kad kredit
 
 
Jadi untuk yang nak membeli tu bolehlah apply ilmu di atas..
Sekian sahaja tuntutlah ilmu sampai ke lubang cacing Negeri China ye
 
Muahhs
Image result for kiss
 
dah kenapa aku membirah (menggatal) plak ni
 

Tuesday, August 1, 2017

FOR THE LOVE ONE #nakjugaktilljannah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
 
Sajer je hakak tulis besar-besar nak bagi korang nampak sebab lama sungguh tak jenguk blog ni kerana sebuk photoshoot uols, hakak kan retis,matilaa nak
 
Korang tengah buat ape tu? masihh tak move on lagi ke kes aliff aziz pukul bini tu? keysah plak haku
OK lah cukup2lah hakak merepek, tajuk entry pun nama for the love one gituh kan haruslah entry ni ditujukan khas untuk :-
 
 
 
TADA!!!!the first one :- my ONE and ONLY MAK (mok koi)
dah hakak belum berlaki takkan nak amik gambar aliff aziz laki mana ntah rembat plak letak sini dek non, memperkenalkan mok koi (read; emak saya)
 
 
Masa ni sempena sambutan hari ibu, maka gegehlah dengan adik iols buat SUPRISE untuk mak dengan pulut kuning + rendang
 
Alhamdulillah mak suka (nampak tak uniform tetap mak iols, APRONπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…)
al maklumlah nama pun tukang masak restoran sendiri kan, takpelah mak janji bahagia.
Semoga Allah terus panjangkan umur mak supaya boleh kami adik beradik tengok hakak kahwin besar-besaran kalah anzalna kami menumpang kasih dan bermanja selalu,ameen.
 
Bulan Ramadhan lepas juga, adalah birthday hakak uols, tarikh 2 Jun 2017 bersamaan hari Jumaat, maka BFF hakak dari jaman tingkatan satu ni iaitu OLEEN belanja hakak kat SEPIRING, IOI MALL uols kat sini boleh makan sepiring je tau :P , layanlah gambar kami berdua berbuka puasa, not bad jugaklah makanan sini, makanan kampung/tradisional dihidangkan secara FUSION- gituh

 
hakak pilih nasi lemak pandan, taulah anak tauke nasi lemak macamlah takleh try menu lain kan?? ahhh.... dah tekak akak nak makan, suka hati akaklah kan
TADA!!!
 
hakak suka sebab banyak kacang, pastu kuah lemak dia tu sedap sangat ( rasa tersendiri gituh)
 
Dan layankanlah candid hakak dengan oleen

Hakak juga telah diraikan "SUPRISE BIRTHDAY PARTY BY SEMRAT" iaitu geng zaman kursus kadet ptd uols... SEMRAT tu singkatan kepada SEMBAH RATU matilaa nak...nama geng pun nak diva kan

Inilah SEMRAT + 3 (dah tambah ahli uols, sebab 3 orang dah menamatkan zaman bujang jadi kami dapat ipar duai lagi tiga orang )
 
Terima kasih semua sebab hakak memang tak menjangka ada sambutan sempena birthday akak yang ke tettttttttttttttttt tu hahahahahaaa.
 
Thanks Aiman, Alyaa, Aman, Radzi, Aishah + Iylia, LK + Anand, Eddy + Isha ( mmmmmmmuahssssss )

 
 
Muka hakak versi terharu + tokojut mak engko hijau
 
akhir sekali tentunya sesi bergambar BERJEMAAH di luar lokasi iaitu : Absolute Thai Alamanda



 Terima kasih semua kesayangan so THE LOVE ONE (tajuk entry harini dah jadi THE LOVE THREE) uols...

                                                              papai
 






 
 

Sunday, June 4, 2017

Ke MIRI pula kita (part 2)

Adoi, takde mood sungguh nak siapkan entry MIRI ke-2 ni sebab gap jauh sangat (read: hakak dah malas nak sambung uols)

Kat Miri ni kitaorang bukan setakat duduk kat Bandar je, bandar dia very da complete uolss, dahle hotel iols stay tu kat dalam Mall, pastu semua benda dekat situlah, nak cari makan pun senang, nama hotel tu Hotel Meritz (bolehlah, google utk info lebih lanjut)

Fefeeling model muslimah Ala Kumpulan Nasyid Jawaheer
(read: googlelah kalau tak kenal kumpulan nasyid tuh, haha)

Selain bandar Miri, disebabkan kami ni pergi bekerja bukan santai makan gaji buta ye uols, makanya kami kene menelusuri sungai pergi ke sebuah kampung yang dinamakan Kg Batu Belah Tutoh (BBT)..nak pergi je 3 jam naik bot (depa panggil ekspress boat) dan balik 2 jam setengah, dan dah balik baru aku tau memang banyak buaya gak kat sungai tu #alhamdulillah, akak dah selamat sampai daratan uols...

Tetapi sebelum sampai Marudi (jeti nak naik bot ekspress menuju Kg BBT) kami kene mengharungi jalan yang Allah saje tau perasaannye. Kena duduk dalam Fortuner mcm duk dalam Roller Coaster, terhangguk2 kepala kiri kanan kadang , badan pun tercampak luar kereta depan belakang..MAMPOO??. Perjalanan 44km ambik masa hampir dua jam sebabnye keadaan jalan camtu. Syukurlah kami di Semenanjung Malaysia ni, jalan banyak yg mmg OK nak2 area KL, Putrajaya dan yang sama waktu berbuka dengannya.

Usai menelusuri jalan yang ala2 dalam roller coaster tuh, sampailah kami ke sebatang sungai dan kene naik feri dengan kereta utk seberang sungai, barulah sampai Daerah Marudi, meh layan gambar naik feri sampailah naik bot (kekdahnye, bulan pose ni kapasiti nak menaip pun berkurang---> macamlah iols je yang pose kan).



AKSI NAIK FERI walaupun sungai bukan lebar manapun tapi tetap takde jalan ye uolssss..so masa nilah nak naik feri bukan kat PULAU PINANG jer



Ni plak aksi menaiki bot pergi dan balik 5 jam setengah (nyaris tak kematu montot lebar hakak ni uols)



nampak tak percikan air sungai menghiasi gambarku tatkala bot ,meluncur laju persis subway jepun


Disebabkan kelaparan, makan mee jelah kami atas bot tu ye anak-anak, takkan ko nak cari RNR jual nasi berlauk plak dah kan tepi sungai lebar, luas dan ada buaya ni



Di tengah panas terik, makanya sampailah ke Kg BBT, Subahanallah sesampai je nampak spesies rerama menghisap madu berterbangan atas pokok bunga ni hah..santeks uolsss


Nampak tak dua ekor rerama tu? Kalau tak nampak rasanye dua kali Jumaat lagiklah korang ye ---> jgn marah

So, kat sini kami tengok POS (Point of Sales) bagi program Penyeragaman Harga iaitu bagi memastikan harga minyak petrol dan barang keperluan utama kat sana sama harganya dengan Semenanjung walhal kalau ikutkan mahallah sebab jauh gila kot nak masuk dalam ye dak?Tapi sini harga masih sama kerana menerima subsidi kerajaan



Sebelum balik, akak abadikan gambar atas jambatan menuju ke kg sebelum menaiki bot..sob3x (walhal suka je nak balik....hahahahhahhaha)



Dan sempat merakamkan remang senja di Marudi..gituh (ni dekat area feri)


Esoknye pulak, kami nak balik dah..sebelum belon berlepas ke KL, makanya kami sempat naik ke sebuah bukit bagi menikmati pemandangan keseluruhan bandar Miri dari atas..


Last but not least, dapat gak bergambar di The Grand Old Lady :- Grand Old Lady bukan monumen/ patung wanita tua tau korang tetapi  ia merupakan nama telaga minyak pertama di Miri. Cari-cari kat google baru hakak tahu nama bukit ni adalah Bukit Kanada, kalau tak sempat ke Canada, sini pun bolehlah uols yer. Penemuan minyak pada tahun 1910 di Bukit Canada adalah sejarah penting bagi Bandar Miri ni tau, jadi wajib ke sini!

Meh layan gambar kami kat atas tuh (hatta matahari tgh terik memancarkan cahaya..posed tethappp)




Kat sini ada gak Muzeum Petroleum, tapi cukuplah sekadar hakak bergambar kat luar je buat kenangan, tak sempat nak masuk uolss


Lastly,  SAYONARA to MIRI (till we meet again, in shaa Allah)


ni kat airport MIRI, kecik jah..hehe