Al kisahnya, seperti orang lain aku juga ada fasa GEMUK dan fasa KURUS, seingat aku, aku pernah berjaya KURUS sebanyak 3 kali dan gemuk tu banyak kali lah hahahahahah tapi gemuk kat sini mungkin gemuk bagi aku tapi tidak di mata korang..GEMUK tu kan subjektif, tapi kan bagi aku GEMUK ke KURUS ke semua tu fizikal je, DON'T JUDGE PEOPLE by THEIR BODIES ok? yang penting depa sihat, selesa dan baik hati gituh.Takkan korang obses nak KURUS sampai jadi aneroxia, nervosa and bulimia (bangga aku type ni sebab memang aku hafal 3 perkataan ni dari kecik sebab sokmo bukak tv ada isu ni hahahahhaha)
OK.Cukuplah sekadar di atas perkongsian akademik kakak berkenaan anorexia, nervosa dan bumilia untuk bacaan lanjut sila dapatkan buku di perpustakaan terdekat dan sumber internet yang sahih.
Makanya, dengan baik hati kak diba nak sharekan sedikit "mealprep"yang kak diba dah buat dalam usaha nak menjadi lebih sihat dan juga bonus sangat kalau kurang berat badan, in shaa Allah kalau istiqamah memang akan berjaya turun berat badan juga. Maaf untuk yang tak biasa dengar apa itu "mealprep"boleh google ye sebab takde masa nak terangkan. Dan menu-menu di bawah tak semuanya mealprep tetapi ada juga yang dimasak dan dihidang segar dari ladang.
Selaku peminum caffein tegar iols akhirnye jumpa sumber caffein yang bagus dari jenama Farm Fresh iaitu Caffe Latte ( mmg sedap menusuk kalbu dan kurang manis bagi yang pemanis mungkin tak berapa suka)
Ni antara menu breakfast iols
- satu mug cafe latte
- 2 keping wholemeal garlic bread (senang je iols sapu butter jenama Ballantyme sebab sedap)
- hiris/ cincang bawang putih dan taburkan
- pastu bakar je dalam oven
TADA!!!!
Ada masa jugak iols amik salad, yang ni salad fusion namanya sebab siap letak pegaga untuk awet muda persis che ta gittew
Salad ni adalah campuran pegaga+ salad + daging khayr (beef)
iols makan dengan perahan lemon/limau + hasil tumbuk ( bawang putih+ cili padi+ bawang holand)
Bahan-bahannya
1. 2 biji telur
2.pegaga/ sebarang salad/ ulaman/dedaunan
3.cincang bawang holand + cili padi (aku mmg suka pedas)
4. sekeping tortilla jenama mission (aku guna jenis 6 grains sebab cepat kenyang)
Cara Membuatnya
- Kacau dan pukul sekuat hati nurani bahan 1-3
- Celupkan tortilla dalam campuran
- Panaskan secoet minyak dan ratakan dalam non stick pan
- Masakkan dan balikkan sehingga rata
- Boleh tambah cheese dalam campuran telur tapi jangan banyak sgt ( terlebih cheese tak jadilah menu kurus jadi menu tambah babat ;P )
Untuk dinner plak kadang-kadang aku suka yang ringan2 sebabnye malam kita banyak bersantai kecualilah yang workout waktu malam kan?
Korang boleh cuba menu di bawah:-
Grilled beans + hirisan ayam
Untuk sos iols letak sikit je sos kewpie hot dan sos cili sikit
Ini summary menu-menu kat atas...mostly sama je
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment