Kat Miri ni kitaorang bukan setakat duduk kat Bandar je, bandar dia very da complete uolss, dahle hotel iols stay tu kat dalam Mall, pastu semua benda dekat situlah, nak cari makan pun senang, nama hotel tu Hotel Meritz (bolehlah, google utk info lebih lanjut)
Fefeeling model muslimah Ala Kumpulan Nasyid Jawaheer
(read: googlelah kalau tak kenal kumpulan nasyid tuh, haha)
Selain bandar Miri, disebabkan kami ni pergi bekerja
Tetapi sebelum sampai Marudi (jeti nak naik bot ekspress menuju Kg BBT) kami kene mengharungi jalan yang Allah saje tau perasaannye. Kena duduk dalam Fortuner mcm duk dalam Roller Coaster, terhangguk2 kepala kiri kanan kadang , badan pun tercampak
Usai menelusuri jalan yang ala2 dalam roller coaster tuh, sampailah kami ke sebatang sungai dan kene naik feri dengan kereta utk seberang sungai, barulah sampai Daerah Marudi, meh layan gambar naik feri sampailah naik bot (kekdahnye, bulan pose ni kapasiti nak menaip pun berkurang---> macamlah iols je yang pose kan).
AKSI NAIK FERI walaupun sungai bukan lebar manapun tapi tetap takde jalan ye uolssss..so masa nilah nak naik feri bukan kat PULAU PINANG jer
Ni plak aksi menaiki bot pergi dan balik 5 jam setengah (nyaris tak kematu montot
nampak tak percikan air sungai menghiasi gambarku tatkala bot ,meluncur laju
Disebabkan kelaparan, makan mee jelah kami atas bot tu ye anak-anak, takkan ko nak cari RNR jual nasi berlauk plak dah kan tepi sungai lebar, luas dan ada buaya ni
Di tengah panas terik, makanya sampailah ke Kg BBT, Subahanallah sesampai je nampak spesies rerama
Nampak tak dua ekor rerama tu? Kalau tak nampak rasanye dua kali Jumaat lagiklah korang ye ---> jgn marah
So, kat sini kami tengok POS (Point of Sales) bagi program Penyeragaman Harga iaitu bagi memastikan harga minyak petrol dan barang keperluan utama kat sana sama harganya dengan Semenanjung walhal kalau ikutkan mahallah sebab jauh gila kot nak masuk dalam ye dak?Tapi sini harga masih sama kerana menerima subsidi kerajaan
Sebelum balik, akak abadikan gambar atas jambatan menuju ke kg sebelum menaiki bot..sob3x (walhal suka je nak balik....hahahahhahhaha)
Dan sempat merakamkan remang senja di Marudi..gituh (ni dekat area feri)
Esoknye pulak, kami nak balik dah..sebelum belon berlepas ke KL, makanya kami sempat naik ke sebuah bukit bagi menikmati pemandangan keseluruhan bandar Miri dari atas..
Last but not least, dapat gak bergambar di The Grand Old Lady :- Grand Old Lady bukan monumen/ patung wanita tua tau korang tetapi ia merupakan nama telaga minyak pertama di Miri. Cari-cari kat google baru hakak tahu nama bukit ni adalah Bukit Kanada, kalau tak sempat ke Canada, sini pun bolehlah uols yer. Penemuan minyak pada tahun 1910 di Bukit Canada adalah sejarah penting bagi Bandar Miri ni tau, jadi wajib ke sini!
Meh layan gambar kami kat atas tuh (hatta matahari tgh terik memancarkan cahaya..posed tethappp)
Kat sini ada gak Muzeum Petroleum, tapi cukuplah sekadar hakak bergambar kat luar je buat kenangan, tak sempat nak masuk uolss
Lastly, SAYONARA to MIRI (till we meet again, in shaa Allah)
ni kat airport MIRI, kecik jah..hehe
No comments:
Post a Comment