OK jum kita layan gambar terus sambil akak
Ni akak taktau plak nama dia, tak sempat nak bace, tapi yang pasti, manislah benda ni.
Ahkak suka tengok sebab macam cengkerang bentuk dia, Nampak macam crunchy and sedap tapi sebab akak tak fancy dan bukan kategori sweet tooth maka akak tak beli,
korang boleh try kalau pergi k!
Next, yang ni memang kegemaran ahkak iaitu JUS MANGGA sebab akak ni penggemar jus buah tetapi tak suka cordial (anti cordial), kalau nak tengok Kak Diva minum cordial, adalah semasa kenduri/raya je sebabnya meninggallah tuan umah kalau hidang jus original plak masa raya atau kenduri ye dak??😛
Kak Diva singgah sini beli MANGGA FLOAT 88 ni sebotol pada harga RM5
(bagi akak murah sebab dalam botol)
Rasa mmg sedap sebab original kan, cuma manis sikit, kalau yang suka manis oklah kot
Seterusnya ini plak pelbagai goreng-gorengan ye.... ade udang, ada ketam, semua nampak sedap tapi akak tak beli sebab kalau beli, sampai subuhlah aku tak benti mengunyah-----> OK NI TIPU
tujuan akak g pasar ni sebenarnya nak cari jodoh nasi kuning ni hah, memang favourite, orang Thai panggil nasi komok Thai, ada dua versi nasi komok, satunya nasi dimasak terus bersama-sama ayam dan satu cara lagi, nasi dan ayam dimasak berasingan . Yang ni masak sekali.So ahkak beli sebungkus RM8 memang sedap sampai menjilat ibu jari
Seterusnya kita beralih kepada steamboat dan gorengan celup tepung, yang ni sokmo akak melantak masa percutian ke Krabi dua tahun lepas uols,..so semalam akak tengok + jamu mata jelah, tapi yang best sos dia tuh, jangan lupa try ye kalau suka makan
Tidak ketinggalan jua Nasi Goreng Pataya..memang nampak sedap lazat
Nampak tak si penjual pun tengah nak mengunyah hahahahaa
(maaplah ahkak, iols tersnap aksi ahkak ye)
OK yang ni pun kalau google pasal THAI FOOD FESTIVAL, mesti nampak ketam ni kan, sebenarnye ketam ni kat gerai DIM SUM, ahkak beli dimsum 5 ketui tapi tak beli ketam ni sebab akak bukan reti sangat makan ketam
(kat umah pun mak kopekkan ketam---> DASAR MANJA sgt haha)
yang ketam ni harganya start dengan RM6 ikut size
Yang ni Dim Sum yang Kak Diva beli uols.. dimsum dia akak beli yang ada penyepit ketam sebelah kiri tuh (akak beli 2 ketui) rupanya SEDAP uols sebab filling dia pedas, nyesal tak beli 5 dimsum yang filling tuh (satu dim sum harga RM1). Semalam akak beli campur2 dengan DIMSUM2 lain.
Paling akak geram,
Dan tak WAJIB kalau tak letak gambar BENDA VIRAL kan
tentunya ROTI PELANGI
Glamour tau hadek buat roti pelangi/ rainbow bread ni masuk blog Ahkak Diva ko kene sembah ratu tau kat ahkak dek
Maaflah kualiti gambar PAU BENTUK AYAM KATIK ni tak lawa sebab ramai org... ahkak menyelit je, terus snap sepantas kilat okeh..tak kuasa dah nak zoom bagaiiii
(berasap lagi tu, NAMPAK??)
OK korang dah penat akak cite..tak RETI-RETI ke nak pergi ??babai
kt shah alam ada jgk. dekat je dgn rumah tapi belum sampai lagi. nampak makanan best best
ReplyDeletethanks sis sudi berkunjung, tulah haritu saya nak gi shah alam jauh. so pergi yang ni pula, gegeh meREPEAT haha sebab semua sedap dan bersih
DeleteSedapnye la hai..terliur koi tgk gambar2 ni cik sue! (sambil mengunyah keropok kentang je ni).
ReplyDeletetulah mira bukan gambar je sedap...real pun sodap haha
DeleteMasa buat kelate aritu, tiap2 hari aku pergi.
ReplyDeleteBersesak2 pun aku gi... sedap punya pasal hahaha.
tau takpe dekdaa oiii kan...semua kene ngn lidah makanannye
ReplyDeleteKita yg dekat ni pun x pergi sbb kwn opis cakap harga makanan agak mahal
ReplyDelete