Moh Klik Nuffnang Saya

Sunday, February 19, 2017

HOBI MENJANA INCOME

Wah tajuk ala2 aku dah jadi jutawan, hartawan, dermawan terbilang kanπŸ˜‹
Yelah sekarang ramai orang jadikan hobi yang dia mula-mula, buat suka2 je lepas tu boleh jadikan sumber pendapatan. Why not kan??

Antaranya ialah:-


  • Tangkap gajah gambar suka2


Image result for photography activities



  • Masak suka2

Image result for rozita che wan masak
 Rozita Che wan masak dalam Rancangan Masterchef, terus naik rating uols, tapi kan, memang nampak skill minah dia ni pandai masak dan tak kekok di dapur, sebab tu Zain suka. dan sebab tu Zain tak pinang korang, eh takde kaitan



  • Buat kraftangan daripada bahan terbuang (recyclable items)

Image result for buat kraftangan dari bahan terbuang

Tengok tu kreatif kan?? Daripada tin susu cap junjung pun boleh jadi tempat letak  pencungkil gigi, listerine sudu garfu okeh? Apa yang anda perlukan hanyalah sedikit kreativiti

Dah cite pasal semua di atas, naklah jugak cite pasal Kak Diva sendiri ye dak? dah blog aku suka hatilah aku nak cite pasal diri sendiri kan? takkan nak cite pasal pakcik jual lemang atau makcik jual cekodok kat kampung aku pulak kan?


TADA!!

Dasar tak nak kalah uols, nak gak tunjuk dia ada hobi yang boleh jana pendapatan/ income



Sebenarnya Kak Diva dari kecik memang suka buat kraftangan terutamanya daripada barangan terbuang uols, setelah terpengaruh dengan rancangan ALONG di kaca tv (nampak tak dari kecik dah ada ciri-ciri nak jadi environmentalist/pejuang alam sekitar tuh kan??)

Ini adalah hadiah pertandingan mewarna sewaktu Kak Diva dan rakan-rakan buat REUNION SEKOLAH MENENGAH sebab taknak kanak-kanak ribena kacau weols bergosip kan, maka suh depa diam2 mewarna..haha

Kak Diva beli je plain white paper bag tu daripada DAISO, kebetulan ada plak pinggan kertas lebih buat jamuan kecil2an kat rumah, aku tempek je, then tulis nombor serta warnakan, kan dah jimat kat situ kalau DIY (do It Yourself) ye dak Senah2, Bedah2 , Meon2, Janet2, John2 sekelian??


Kat bawah ni pulak, atas permintaan cikgu Bahasa Inggeris berwibawa iaitu Miss Farah Astalavista Gorgeous ,sebab dia nak hias classroom dia..Itu dia kegigihan seorang cikgu demi anak murid, tolonglah hargai cikgu cikgi tepi , kiri, kanan korang yang berjuang demi agama, bangsa dan negara ye.

Maka beginilajh hasilnya, iols sebenarnya tak kisah bayaran bape pun sebab sebab sesambil isi masa lapang daripada aku mengunyah kerepek/ coklat lantas menggebukan diri, baiklah buat kraftangan dan hiasan sebegini, stress pun hilang uols...gituh kata ko !!!


Jadi sesapa yang rasa malas atau memang kebusyan melanda tu, bolehlah roger Kak Diva ye kalau nak buat deco2 ringkas macam ni sebab Kak Diva pun dah lama tak buat, cuma kembali aktif skang ni sebab dah pandai bahagi masa. dulu tak pandai uols, busy kalah ada anak 14 orang haha.

Till then, love u ols para pembaca peminat ahkak πŸ’•πŸ˜›πŸ’•


1 comment: