Sunday, March 19, 2017

MENCARI HARTANAH??

Hehe,korang jangan ingat Kak Diva dah jadi agen hartanah Ladang Gadong pulak ye, al-kisahnya saje nak kongsi sedikit ilmu sebab berjaya menghadiri seminar property talk dekat Tropicana Metropark Subang Jaya 2 minggu lepas tapi harinilah baru gegeh nak update sebab peratus kemalasan lebih tinggi dari kerajinan👊👊👊

Kak Diva mula berjinak dengan bidang hartanah ni sejak terbeli/memang nak beli/ sengaja beli (yang ni korang tentukan sendiri jawapannye 😛😛) E-book Jutawan Hartanah Bang Hensem. Boleh follow beliau di blog http://abangensem.com/. Abangensem ni juga dikenali sebagai AE atau nama sebenar beliau Meor Zaidee.

Inilah cover E -Book pertama yang gua beli dengan mamat ni (saje guna gua tetibe sebab AE suka guna words gua dalam blog dia).
 

Lepas baca buku ni terus tergerak hati nurani nak menyertai seminar beliau yang hanya berharga RM88 di Shah Alam ketika itu, Alhamdulillah, lepas menyertai saya (kes studi diri sendiri) dah berjaya memiliki sebuah apartment kos rendah yang dibeli ketika itu pada harga bawah pasaran semasa (under market value). Saya tak dapat komisen apa2 untuk mempromosikan blog AE ...tapi jika anda berminat bolehlah follow FB, Blog dan sertai seminar beliau, tak rugi pun menambah ilmu ye dak??

Lepas dah sertai, Alhamdulillah saya tak kecewa langsung dengan pembelian rumah subsale tersebut dan saya dapat keuntungan daripadanya secara pasif padahal memula sangat-sangat takut nak membeli umah second hand/ subsale , terima kasih AE dan Kak Nadot Yusof yang banyak membantu bagi ilmu, al maklumlah, adik baru nak berjinak pinak - jinak gituh. Masa seminar AE jugaklah, saya mengenali kawan beliau yang juga merupakan JUTAWAN HARTANAH iaitu Tuan Faizul Rizuan.

Jadi pada tarikh 12 Mac 2017 (ahad) yang lalu, Kak Diva Berjaya (guna nama Kak Diva semula) menghadirkan diri ke seminar ini, (percuma tau) yang menampilkan dua selebriti terkenal

Faizul Rizuan (Jutawan Hartanah jugak, geng dengan AE)..singkatan nama Faizul Rizuan adalah FR



dan juga ahkak Fazura (mmg glamourlah di kalangan Melayu kan) sebab beliau artis. Untuk pengetahuan korang property talk ni ramai Chinese yang pergi, so When They Ask about Fazura, (sebab ada yang tak familiar, aku kene explain --->tak pasal2 jadi PA Fazura gituh)



Sebab tak sempat nak snap sendiri gambar FR (kusyuk dgr talk), maka ahkak cilok daripada Instagram Tropicana Metropark sajelah ye...itu dia semangat PAHLAWAN MELAYU FR nak kongsi tips dengan kami yang hadir

Perkongsian beliau adalah berkisarkan bagaimana beliau membina portfolio hartanah seawal usia 20-an dengan gaji hanya RM 2500 (if gaji korang bawah pada RM2500 pun boleh ok...)dan betapa untungnya membeli hartanah sebab tiada satupun hartanah di MALAYSIA yang selepas 10 tahun harga makin menurun hatta korang beli hartanah tu dekat tempat yang diklasifikasikan sebagai tepat jin bertendang satu ketika dahulu seperti di
 
  • Bukit Beruntung
  • Lembah Beringin
Dua tempat ni harga hartanah nye meningkat ye selepas 10 tahun....
 
 Kesimpulan yang aku boleh ambil, teruk macam mana pun ekonomi, korang akan dapat untung jugak kalau beli hartanah sebab harganya sentiasa naik bukan makin turun, cuma untung banyak atau sikit jelah kan....aku pun mula sesikit je bukan nye pakar pun, share yang mana aku rasa bermanfaat.

Penutup entri kali ini adalah gambar meletops ngn Kak Fazura Lethops Kebabom nieh, in person bagi aku dia ni sangat cantik dan peramah, kecik je hokey (bilalah iols plak nak kecik macam sheols). Walaupun aku rasa kedatangan dia ni bertujuan menarik investor hartanah melayu, tapi kenyataannya mmg ramai Chinese jugak yang datang pada hari tersebut, papepun tak salah pemaju nak cuba strategi macam ni kan? Good luck Fazura (aku bukanlah peminat fanatik beliau, aku takle nyampah, dan aku taklah minat gegile, tapi dah dia ada..tak salah kan amik gambar?) cuma bagi aku dia pandai berfesyen, baju dia dalam cite manisnye cinta di CAPPADOCIA semua cantek okayh!!

 

NAH untuk tatapan para peminat KAK DIVA..eyh silap ..peminat FAZURA, jgn marah sheols peluk hakak okeh (btw, dia mmg mesra peminat orangnya. kekalkan ye ahkak fazura)
 
till then.

6 comments:

  1. Kak Diva pun dah macam retis berdiri tepi Fazura...aura tu penting hehe...

    ReplyDelete
  2. hahahhahha mandailah sis eynda..iols acah retis je

    ReplyDelete
  3. Wah kena beli hartanah juga le nampaknya ni.
    Biarlah kat ujung kampung sekalipun eh?
    gitu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene tengok tempayt gaklah..tu yang kene tuntut ilmu tuh..iols pun baru belajar

      Delete
  4. Bukit beruntung? Ada kwn beli rumah kat sana bila nk jual susah berul nk dpt pembeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn tapi still harga lebih mahal dari harga asal dia beli kan

      Delete