Thursday, May 30, 2019

JALAN-JALAN MELAKA 2018

Seperti biasalah kan, aktiviti jalan-jalan dalam Malaysia dilakukan pada tahun 2018, tapi 2019 baru aku dapat coretkan itupun sesak napas nak curik masa nak oii Alhamdulilah tahun lepas dapat berjalan oversea tapi g Vietnam je, kekdahnye payah yahamat nak cuti walaupun cuti ko berlambak. jadinya kita jalan-jalan dalam Malaysia yang tak kurang hebatnye uols
( sambil nyanyi lagu cuti2 Malaysia fefeling suara Tok Ti)

 
Yang tak pernah dengar lagu ni sila google ye kalau dak,
 KEWARGANEGARAAN anda adalah layak untuk DIPERSOALKAN
sebab bangla dan nepal pun hapal tau lagu ni yuols
 
Sebenarnya bulan berapa pun iols dah lupa sesi jalan2 cari makan di Melaka ni, jadi kita teruskan jelah ye, masa tu Jumaat ( iols cuti) jadi gerak dalam pukul 11 kot , benti solat jumaat untuk Encik Driver sebab pergi dua kete...
Sampai je Melaka sah2 perut dah berkeroncongkan, makanya kami layan Asam Pedas walaupun banyak kedai tutup di Hari Jumaat nan mulia itu
 
kami layan kat sini, adik iols kata asam pedas kedai yang berhadapan kedai ni yang sedap tapi tutup, maka kami singgah sini
 

 
 Asam pedas pari adalah wajib, kami order asam pedas pari, asam pedas daging tetel dan iols order asam pedas ayam. Bagi iols asam pedas tetel dia paling sedap, yang ayam tak berapa sebab dia guna ayam dr nasi ayam then buh kuah je, sepatutnya yang sedap kene masak ayam tu fresh2.

Untuk budak-budak pula boleh order nasi ayam, ayooo Amjad tu tengah terbersin gamaknye tuh dalam gambar ni..hahahahaha

Amjad menikmati nasi ayam ditemani  papanya ( papa ni suami pengasuh amjad)

Sebelah malam pula, kami lepak makan di Muara Sungai Duyung Melaka. Nama kedainya iols tak ingat tapi hujung sekali. Iols selalu makan ikan pari bakar je, tapi kat sini ada pari celup tepung, sekali rasa mak aii sedap sgt rupanya, dahle makan panas-panas, cicah pula dengan kicap yang disediakan..tangkap leleh dahle aku taip ni tengah puasa, dugaan sungguhlah

Boleh pilih nak makan dengan nasi lemak/nasi putih sebab kebiasaannya semua gerai ikan bakar sini serve dengan nasi lemak...


Lepas makan semua gembira maka kene selfie haha tapi Amjad ngn Amnaa dah sibuk dengan mainan kipas..
 Pandai tauke kedai tu letak kedai mainan dekat dengan kedai makan


Lepas dah mengenyangkan perut kami ambil angin malam dengan menaiki river cruise sungai Melaka, menarik tau pemandangan malam kat sini, nak tau kene naik.  Iols suka mural-mural sepanjang bangunan, Kg Morten dan landskap yang cantik disimbahi lampu begemerlapan tuh, so lovely


jum layan gambar, ada video tapi macam susah plak nak upload sorry ye

 
Ni namanya posed ala-ala pengacara jemputan nona hahahahhaa
 
 
Amjad dan Amnaa super excited naik cruise sambil tengok air sungai sebab  tu dedua tak pandang kamera walhal hari-hari kat rumah lalu sungai pahang kot
 
Amnaa spoiled gambar maklong
 
Last but not least, dah habis trip kita posing last
 
 
Then habis tu balik homestay dan tidur dgn jayanya, Esoknye pepagi lepas sarapan terus bergerak ke Zoo Melaka. Sebabb bawak budak2 tentulah kami amik tren nak pusing2 dalam zoo kan terus aku pun rasa mcm budak tadika
 

Macam biasa paling excitedpart bagi maka makan gajah, best sgt2, Amnaa dgn Amjad excited bagi makan roti wholemeal dan carrot utk gajah maklong dia pun teruja 2x5

 
Habis menjelajah zoo, kita gambar gak depan zoo



sempat lagi bergaduh si mena dengan mejad ni,
dah bape kali amik baru dpt yang proper mcm bawah ni
 
itupun Amjad buat mulut itik dan mena buat muka gengster tak puas hati
 
kemudian kami jalan-jalan bandar hilir cari souvenier dan cuci mata, disebabkan panas terik bagai tiada ampun, iols pun tergoda dengan Cendol Durian King Taming Sari,
kecik je gerai dia tapi betul2 strategik di tengah2
maka akak pun makanlah tapi amik yang dengan aiskrim vanila je sebab yang durian musang king mmg mahal lah ye dak,
big portion dan santan dia tu
mmg lemak namateyyy ...sedap okayh dikala panas lit-lit tuh
 
 
tadaaa model cendol muka tak siap
 
sebelah petang pulak, kami mandi kolam melayan Menaa dan Mejad
eh ada duyung ungu plak dah belah kanan tu 😛
Amnaa ko dah kenapa nak peace ke nak korek hidung? ayoyoyo
 
 
Esoknye kami siap-siap nak balik dah tapi sempatlah singgah Kg Morten yang merupakan salah satu tarikan di melaka, semua rumah tradisional dia masih terpelihara dan  cantik + bersih sangat2 kampung ni
 
 
layan dulu gambar kat homestay
 
 
GAMBAR SELEPAS
 
 
HAKIKATNYE SEBELUM TU KO TENGOK AMNAA MENGAMUK

 

 
 Kat Kg Morten ni ada satu rumah yang memang dibuka untuk dipamerkan barangan lama dan ada seorang pakcik yang juga pemilik rumah jadi guide dalam tu, memang ramah pakcik ni dan best sangat penerangan dia pasal sejarah

 
 Korang tau tak fungsi-fungsi alatan kat dalam gambar ni? taktau wajib datang sini
 
 
 

 
 
 
Merenung keluar jendela kemain anak dara sorang ni cari jodoh lah tu
 
Tak lupa kami juga ambil gambar di pelbagai sudut yang penuh peninggalan antik dan bersejarah dalam rumah yang dipelihara rapi ini
 
 
 
 
 
si kecik ni tak padan kecik dah nak bersanding bagai walhal maklong dia yang suh gambar kat situ
 
 
Antara rumah-rumah lain yang sempat diabadikan dalam kamera handphoneku haha, bagi iols semua ruman-rumah ni syanteks

 
Rumah merdeka
 
 
 
 

ni gambar kat sungai (tempat yang kami river cruise tu)
 
 
nanti nak try river cruise siang pulak


 dan gambar reramai depan umah yang muzium tadi tu

 
Ok dah nak habis tapi sebelum balik dari melaka sempat kami sopink belacan dan cencaluk untuk mak dan sedara mara sebab aku dgn adik mmg tak makan belacan dasar omputih celup dan kami beli gak ikan masin etc

 

 
 
 Tak lupa juga mencuba COCONUT SHAKE KLEBANG kalau g MELAKA
tak try yang ni baik takyah dtg melaka okayyy
 

 

 


 
 

 
babai
 
 

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 
 

Thursday, February 14, 2019

Vietnam, Ogos 2018 (selamat duit iols ke bank of Vietnam)

Katanya tahun 2019 kene rajin update blog tetiap tahun azam gituh tapi ke laut jugak, sebenarnya g Vietnam ni Ogos ,2018 dan memang adhoc gila okayh sebab payah nak plan bila ko keje dan takde boss *sadis*. Alhamdulillah last minit pun sempat juga ikut satu pakej travel agent ni iaitu Perfect Eighteen Holidays boleh like fb kalau berminat ye 😊.

Kami berlepas pukul 7 pagi dari KLIA, alhamdulillah flight pergi berjalan lancar dan sampai je lepas check in ADORA HOTEL terus dibawa pusing2 bandar Ho Chi Ming dan tentunya ke mercu utama iaitu PEJABAT POS HO CHI MINH, moh kita layan gambar  dah tua iols baru tau Ho Chi Minch tu nama orang matilaa kan .

 
Ni kat depan pejabat pos
 
dan
 
Ni di dalam pejabat pos, tengah2 tu potret Ho Chi Minh- nak tahu siapakah beliau di hati Rakyat Vietnam----> sila google (tgh malas nak menaip, walhal copy paste je pun info😛)



aku tak ingat kami lunch selepas atau sebelum jalan2 kat bandar nampak tak inilah hasilnya bila update blog selepas membiarkan blog berlumut :P, ini antara menu yang disajikan tengahari tersebut

Aku paling suka kari kepala ikan tu dengan ayam tu garing...sayur2 tu biase je rasa tapi sedaplah, ramai yang tak bape favor seaweed sup dengan tofu tu tapi aku ni kan suka je masakan ala cina jadi aku jelah kot yg makan semua tu wakakakakakaka dasar kuat lantak

Tak lupa kami singgah untuk solat Jamak di masjid ( aku lupa plak namanya)

 
Pesanan sustherrr : "Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan"
 
Lepas tu kami pusing2 dan hari pertama dah dibawa ke kilang tudung, telekung dan baju kurung, hari pertama je dah panjang zikir kakak uols tapi tak lut, kakak sempat rembat bokitta, rm17 je sehelai dan kain bokittanya lembut + labuh bukan singkat ye, telekung siti khadijah fake dan cotton..
Cotton dia bidang 80" dan 3 1/2 meter, harga memang murah mencabar keimanan , meh layan aneka cotton yang terdapat disini
Hakak beli untuk adik kakak sekeluarga yang warna baby pink corak abstrak ungu tuh
 
Tak lupa amik gambar degan gadis Vietnam comei lote bersama baju tradisi mereka, cantik sebab slim kalau kakak pakai baju tu maybe tetas jahitannya
 
Sekian untuk Day 1..nanti sambung Day 2 okayh Day 1 pun bersopink mcm dah nak balik haritu gak
 
Day 2 terus kakak pakai tudung bokitta #dasartaknyempat-nyempat
Jgn muntah tgk gambar ni sebab akak tak sejelita neelofa sebab hidung kakak besar

 

 

 

 

 

Sunday, February 10, 2019

TAHUN 2019 BARU TAMAT CITE TRAVEL KE SYDNEY (MATILAA KAN)


Dari jauh ku pohon restumu ayah bonda maaf sebab tahun 2019 baru dapat habiskan entry, jawabnye azam tahun lepas utk rajin update blog hanyalah impian yang tak kesampaian 😏.Ampunkan sustherr ngesot banyak sangat.

Jadi sempena tahun 2019 yang dah masuk Februari ni, makanya kakak nak tamatkanlah cite australia ni ye dak? Takkan nak korang tunggu sampai tahun 2020 plak entah2 masa tu gigi pun dah luruh cam achik kat bawah ni hah tapi achik ni rongak pun gojez uols


Image result for gigi rongak depan





 

Seterusnya, akak nak habiskan terus entry Sydney...hari ke-empat di Sydney aktiviti shoping bermula..korang yang selalu g Aussie mesti tahu outlet CHEMIST dia (ala2 WATSONS kat sini) memang banyak jual perfume ORIGINAL dengan harga yang sangat LETHOPS murah...masa iols pergi dapat AUD 10 (kalau convert dalam RM30 lebih je duit kita)je utk EDP Sarah Jessica Parker Lovely so iols terus rembat setengah dozen untuk souvenier makcik2 iols so takyah pikir nak beli bende lain dah 😉, Untuk mak iols rembar burberry dan untuk diri sendiri iols beli ape ntah tak ingat dasar tak?.
 Haaa, ada pun gambar kat depan CHEMIST, ehh kat tepi..dia di celahan bangunan kedai je uols

Sewaktu menapak dari chemist ke Paddy House(tempat wajib shopping souvenir di Sydney, sempat iols abadikan kenangan di berbatang -batang pokok yang daunnye luruh haha feeling autumn in Sydney sekejap hakak yg penting plastik chemis berisi perfume tetap jadi PROP UTAMA

Lepas membeli pastu blah belah di Chemist, kami ke Paddy House- sinilah most recommended kalau nak beli souvenier bawak balik sebab harga boleh tawar dan murah sangat2 (korg jangan convert ke RM sudah). Antara hasil tangkapan iols adalah:-

  • Magnet koala (3 paket 10 AUD tak silap iols)
  • Beg kulit kecik and wallet kulit kecik (ada lambang Kangaroo) ( puas hati beli sebab pakcik2 pakai bgtau tahan lama)
  • Pen yang ade tulis Aussie
  • Beg (haha murah gile) ada iols pakai sila rujuk gambar kat Manly Beach
  • Pembalut kotak tisu bentuk koala haha
  • T shirt
     
  • Walaupun penat tawaf dalam market, tetap senyum terpaksa depan Paddy market uols


HARI TERAKHIR DI SYDNEY KEMUDIAN BALIK KE MALAYSIA OH TANAH AIRKU

Hari terakhir di Sydney merupakan hari Ahad, jadi kami berpeluang guna OPAL card ke mana-mana dengan tambang 2AUD sahaja tak kiralah ko naik ferry ke train ke? gile murah kan, memandangkan flight kami malam,maka sebelah pagi kami berpeluang ke Manly Beach menaiki ferry lagipun kami dah beli tiket ke Manly Sea Life Sanctuary yang dah dibeli secara online dari Malaysia

Sebelum naik adalah WAJIB SWAFOTO berjemaah seperti di bawah:-



Atas ferry, angin kuat dan ombak dia tinggi tapi best duk luaq menikmati angin bayu membawa hatiku sepintas lalu ku terkenangkanmu

 
 
Turun je ferry memang terus nampak signboard Manly  Sea Life Sanctuary uols, dalam tu ala-ala AQUARIA KLCC hakak rasa walaupun akak tak pernah g aquaria..matilaanak
Maka saksikanlah akak bergambar dengan jerung tapi dia taklehlah telan akak sebab dia dalam cermin



Nah hakak belanja video penguin sebab kat situ  ada penguin Cove- ala2 santuari tempat penjagaan baby penguin ni..sumpah chomel ya amat okayh.


dan gambar di tepi pantai Manly adalah wajib walaupun hakak tak mandi pantai bukan tak mandi pagi ye hahahahahaha

Beg tu yang beli kat paddy market terus pakai

Ok dah habis hutang kaka, papai semua till then