Kami berlepas pukul 7 pagi dari KLIA, alhamdulillah flight pergi berjalan lancar dan sampai je lepas check in ADORA HOTEL terus dibawa pusing2 bandar Ho Chi Ming dan tentunya ke mercu utama iaitu PEJABAT POS HO CHI MINH, moh kita layan gambar
Ni kat depan pejabat pos
dan
Ni di dalam pejabat pos, tengah2 tu potret Ho Chi Minh- nak tahu siapakah beliau di hati Rakyat Vietnam----> sila google (tgh malas nak menaip, walhal copy paste je pun info😛)
aku tak ingat kami lunch selepas atau sebelum jalan2 kat bandar
Aku paling suka kari kepala ikan tu dengan ayam tu garing...sayur2 tu biase je rasa tapi sedaplah, ramai yang tak bape favor seaweed sup dengan tofu tu tapi aku ni kan suka je masakan ala cina jadi aku jelah kot yg makan semua tu wakakakakakaka
Tak lupa kami singgah untuk solat Jamak di masjid ( aku lupa plak namanya)
Pesanan sustherrr : "Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan"
Lepas tu kami pusing2 dan hari pertama dah dibawa ke kilang tudung, telekung dan baju kurung, hari pertama je dah panjang zikir kakak uols tapi tak lut, kakak sempat rembat bokitta, rm17 je sehelai dan kain bokittanya lembut + labuh bukan singkat ye, telekung siti khadijah fake dan cotton..
Cotton dia bidang 80" dan 3 1/2 meter, harga memang murah mencabar keimanan , meh layan aneka cotton yang terdapat disini
Hakak beli untuk adik kakak sekeluarga yang warna baby pink corak abstrak ungu tuh
Tak lupa amik gambar degan gadis Vietnam comei lote bersama baju tradisi mereka, cantik sebab slim kalau kakak pakai baju tu maybe tetas jahitannya
Sekian untuk Day 1..nanti sambung Day 2 okayh Day 1 pun bersopink mcm dah nak balik haritu gak
Day 2 terus kakak pakai tudung bokitta #dasartaknyempat-nyempat
Jgn muntah tgk gambar ni sebab akak tak sejelita neelofa sebab hidung kakak besar
No comments:
Post a Comment