Thursday, October 11, 2018

Sambungan - Sydney Part 3 (Ntah tak ingat part bape dah)





OPOCOT mak kau jangan terkejut saje je akak nak bagi TRAILER kat korang  jadah sangat bagi trailer letak buaya sebagai entry kan

Hakak dah tak ingat hari ke berapa yang pasti baju akak pakai masih sama, maksudnya hari yang samalah kot, kami dibawa berkunjung ke  Featherdale Wildlife Park.




Tanpa membuang masa dan membuang keringat yang menitis membasahi bumi walhal type dalam aircond, meh kita berkenalan dengan haiwan-haiwan di ZOO ini...


Nampak tak muka kakak yang penuh keimanan GUMBIRA sebab dapat bagi makan kangaroo, kangaroo ni memang menunggu je kita bagi makanan berbentuk dedaunan kering  yang boleh dibeli di luar pintu masuk zoo dengan harga $2 AUD tak silap kaka. Kangaroo sini semua jinak ok, memang layan lah dapat bagi makan mereka secara langsung depan muka.



Sama tak? sape kata sama kakak sumpah jadi kangaroo.. cantik mahkota dia uols , akak nak custom madelah satu mahkota camni nak kalahkan Dato Vida punye mahkota #eyyy


Dan saksikanlah kakak acah jadi wartawan pencinta Koala dari Sydney


Tak lupa juga dapat menonton penguin makan secara live bersama sedikit  tazkirah penerangan daripada penjaga haiwan di zoo tersebut


 Comeiii kan jemaah penguin itu



sambil-sambil beramah mesra dengan haiwan dan fauna di zoo, kakak juga sempat beramah mesra ngn dua kanak2 omputih yang dibawa oleh ibu/ibu saudara mereka...comel sesangat macam penguin budak dua orang ni


Hah baca info tu jangan tak baca uols

 Sempat juga snap koala ni yang pastinya sah-sahlah dia tengah tidur kan



yang tak tidur yang ni je uolsπŸ‘‡πŸ˜›πŸ˜πŸ˜



 oh ye ada juga gambar kakak ye dengan panda tak tidur tapi kene bayarlah haha



 Ni gambar sebelum balik, banyak lagi binatang tapi malas lah nak upload nak datang sendiri ye uols #matilaastatementmintakkenecharut



















Tuesday, October 2, 2018

Hakak Berpegang Pada Janji

Seperti yang dijanjikan dan dinantikan oleh peminat oleh Kak Diba untuk semua, dah sampai keBlue Mountain,Sydney mestilah kami terus ke Scenic World. Nak dipanjangkan cerita, korang kene masuk website ni dan tengok sendiri satu-satu tarikan yang menarik, kalau rajinlah bak kata pepatah membaca jambatan  ke sorga ilmu.



Tapi bagi kak Diba Scenic World ni sangat menarik sebab korang boleh menerokai keindahan alam semulajadi dan hutan di Blue Mountain ni dengan mana-mana cara yang adventure seperti di bawah, iaitu boleh pilih nak naik skyway/ railway/ calbleway dan sudah pasti menelusuri hutan dengan walkway 



Pilihan kami sekeluarga  berlima pada hari tersebut ialah menuruni  hutan dengan scenic railway iaitu keretapi paling CURAM di dunia dengan 52 darjah dan 128% kecerunan



Inilah rupanya...waktu part curam tu tak sedar sebab keretapi ni agak sempit macam naik roller coaster versi santai , tak laju, but BESTπŸ‘πŸ‘

Dan dekat dalam hutan tu juga dipamerkan model LAMA train ni yang open okayh takde dinding, kalau akak hidup zaman tu memang takdenye lah hakak nak naik,,,,hahaha. So kami abadikan juga gambar di tren model lama ni



Bila dah turun, kami jalan-jalan dalam hutan sambil melihat pelbagai spesis pokok dalam hutan ni yang memang malar hijau dan sangat sejuk.

 Sebagai seorang budak biol biologi, hakak memang suka tengok spesies pokok nak2 macam pokok kat bawah ni yang dipanggil kissing trees (nampak tak pokok tu bersenggama berciuman hah gituh ko)



 Ni gambar kami kat walkway, kalau kat Malaysia ala2 dekat canopy walk FRIM rasanya walaupun akak tak pernah sampai  pun canopy walk FRIM tuh #matilaanak

Kat dalam ni jugak ada tapak bekas lombong arang batu...jadi kami pun sempatlah bergambar jugak


Lepas dah round-round dalam hutan, nak balik semula ke stesyen kat atas puncak kami amik cableway, haritu skyway je tutup sebab maintenance, beza skyway dengan cableway ni, 
skyway lantai dia cermin uols, leh nampak terus pokok kat bawah kaki 



Last but not least posed terlajak maut sebelum meninggalkan Scenic World





macam biasa..teaser next entry adalah





ALL ABOUT PANDA





 

 atas pokok tu gambor panda betuii tau bukan panda jadian anak patung panda






Sunday, September 30, 2018

BLUE MOUNTAIN AND SCENIC WORLD


Kata orang memang tak lengkap jejak kembara anda ke sydney kalau tak singgah ke Blue Mountain dan melihat batu berbentuk Three Sisters di sini, nah kakak belanja video 3 sisters di Blue Mountain utk tatapan korang....


Menurut lagenda, batuan berbentuk 3 saudara perempuan ini disumpah sebab bercinta dengan lelaki yang bukan keturunan/suku/kasta depa...jangan ingat Mahsuri, Puteri Santubong, Puteri Sejinjang je ada lagenda ye anak-anak sekelian, Australia negara omputih pun main sumpah-sumpah dan peri2 tauπŸ˜›

Maka layan dulu ye gambar one sister ni dengan three sisters haha




Cantik kan kakak gambar kakak? tapi kalau tenung gerun plak ye gaung kat bawah tuh HAHA

Tuan haji Azman juga bawak kami ke satu tempat yang tak jauh dari Blue Mountain, serius lupa pulak nama kawasan tu yang pasti banyak bunga-bunga canteks dan sempat kami snap gambar banyak pepohon dan dedaunan berguguran dahan nan kerapuhan  dan bunga -bungaan kat sana.

Yang pasti Sydney sangat terkenal dengan pokok Eucalyptus yang merupakan tumbuhan IKONIK di sini. Kat sini bleh petik daun dia untuk rasatekstur daun dan bau secara live minyak aromaterapi eucalyptus yang berasal dari pohon original di sini, 


Kami turut abadikan gambar kenangan bersama-sama Tuan Haji Azman




Tak lupa ye untuk singgah di area yang penuh bunga-bungaan dan terpaksalah korang  layan layanlah gambar gadis, kumbang dan bunga ini ye..








Untuk next entry kakak nak bawak korang jelajah SCENIC WORLD..

Nah TEASER













Friday, September 28, 2018

DAH SETAHUN BERLALU BARU NAK UPDATE #TIBER

 Ya Allah, baru sis perasan my last post kat blog was on October 2017 dengan itu automatik terkuburlah azam tahun lepas nak rajin update blog  yelah mana lah sis ada masa dengan keje harian + nak kurus tapi gemuks jugak + nak belajar arab lagi macam ko sorang je busy, Tun M pun ada masa tau.

Oklah sis malas nak bebel panjang2 cuma nak cerita trip sis ke Sydney, Australia tahun lepas, walaupun dah outdated maybe berguna sedikit untuk rakan2 yang akan ke sana mungkin banyak sis dah lupe sebab dah kertu lama tapi sis cube ye sis cube😝

Terus ke Day 1

Alhamdulillah sampai je semua cepat dari proses imigresen sampailah ke luggage, walaupun dari malaysia kami dah siapkan list bertaip jenis makanan yang dibawa dan ubat-ubatan (siap letak satu beg), pegawai imigresen dia langsung tak check adakah sebab muka kami suci tanpa dosa? eyyy..papepun Alhamdulillah.

Kami memilih Tuan Haji Azman dari Sydney Malay Muslim Tours (bleh search FB nieh jika berminat) sebagai tourist guide kami di sana + homestay sekali, homestay comel je, bersih dan kemas cukup SEMPORNA utk kami berlima...siap dryer sekali so takyah pikir nak sidai baju kat mane haha. Selepas membersihkan diri+ refresh badan sikit terus kami di bawa untuk lunch sebab masing2 dah kelaparan tahap NAGA. restoran pilihan adalah makanan Thailand sudah pasti kerana halal, memang sedap dan terus rasa tgh makan kat krabi/hatyai hatta ko kat Aussie kan....

Menu macam biasa tomyam dan telur dadar memang WAJIBUGUHUNNAH dan semuanya alhamdulillah sedap lagi mengenyangkan dan semestinya halal, weols tak lupa mengabadikan kenangan bersama ownernye orangThai yang kawen dgn Arab

                     Yang depan sekali , free hair tu ye ownernya merangkap tukang masak juga
Nak berkunjung bleh datang sini ye, kat buku menu tu ada alamatnya...hehe
 
Lepas lunch dan dah kenyang kami berhenti solat jamak dan qasar di masjid ni,
bersih dan luas....masa pergi tu memang kami je solat kat situ, haha

Seterusnye kami di bawa oleh Tuan Haji ke Le Perouse, Sydney.Menurut kawan iols yang pernah belajar di Sydney, jarang tourist/ pelancong asing di bawa sampai ke sini, jadi kami agak beruntung dapat tourist guide mcm Tuan Haji yang ringan tulang dan tak berkira bawa kami sampai ke sini...suasana di sini sangat2 cantik, windy sesangat tapi best.


(ada plak couple tengah dating masuk dalam gambar iols)


Sebagai bukti mmg angin kuat, habis shawl weols senget benget dibuai angin bayu membawa hatiku, sepintas lalu ku teringatkanmu sambil melantak aiskrim,sedap bangat dong

 Sekian dulu catatan untuk Day 1..nanti iols sambung lagi jika tiada aral melintang patah membujur lalu.


TUNGGU

 Image result for tunggu
















Tuesday, October 3, 2017

SEJENIS KEGIGIHAN

Kenapa aku namakan KEGIGIHAN? bila aku dah start suka buat dan rasa benda tu seronok serta tidak membebankan mahupun mendatangkan kemudhootan(read: kemudaratan) kepada diri sendiri masyarakat setempat dan masyarakat di dunia fana semata ini.

Al kisahnya, seperti orang lain aku juga ada fasa GEMUK dan fasa KURUS, seingat aku, aku pernah berjaya KURUS sebanyak 3 kali dan gemuk tu banyak kali lah hahahahahah tapi gemuk kat sini mungkin gemuk bagi aku tapi tidak di mata korang..GEMUK tu kan subjektif, tapi kan bagi aku GEMUK ke KURUS ke semua tu fizikal je, DON'T JUDGE PEOPLE by THEIR BODIES ok? yang penting depa sihat, selesa dan baik hati gituh.Takkan korang obses nak KURUS sampai jadi aneroxia, nervosa and bulimia (bangga aku type ni sebab memang aku hafal 3 perkataan ni dari kecik sebab sokmo bukak tv ada isu ni hahahahhaha)


Image result for anorexic people

 
OK.Cukuplah sekadar di atas perkongsian akademik kakak berkenaan anorexia, nervosa dan bumilia untuk bacaan lanjut sila dapatkan buku di perpustakaan terdekat dan sumber internet yang sahih.
 
 
Makanya, dengan baik hati kak diba nak sharekan sedikit "mealprep"yang kak diba dah buat dalam usaha nak menjadi lebih sihat dan juga bonus sangat kalau kurang berat badan, in shaa Allah kalau istiqamah memang akan berjaya turun berat badan juga. Maaf untuk yang tak biasa dengar apa itu "mealprep"boleh google ye sebab takde masa nak terangkan. Dan menu-menu di bawah tak semuanya mealprep tetapi ada juga yang dimasak dan dihidang segar dari ladang.
 
Selaku peminum caffein tegar iols akhirnye jumpa sumber caffein yang bagus dari jenama Farm Fresh iaitu Caffe Latte ( mmg sedap menusuk kalbu dan kurang manis bagi yang pemanis mungkin tak berapa suka)
 
Ni antara menu breakfast iols
 
  • satu mug cafe latte
  • 2 keping wholemeal garlic bread (senang je iols sapu butter jenama Ballantyme sebab sedap)
  • hiris/ cincang bawang putih dan taburkan
  • pastu bakar je dalam oven
  •  
TADA!!!!
 
Sebabkan kadang banyak lebihan roti, iols potong dadu je roti tu dan sapu butter pastu bakar dalam oven selama 45 minit pada suhu 175 darjah celcius maka jadilah crouton. Yang ni iols makan dengan kacang buncis comel grilled dengan daging jenama khayr ( no msg, pure farm meat) bleh google.

 
Ada masa jugak iols amik salad, yang ni salad fusion namanya sebab siap letak pegaga untuk awet muda persis che ta  gittew

 
Salad ni adalah campuran pegaga+ salad + daging khayr (beef)
iols makan dengan perahan lemon/limau + hasil tumbuk ( bawang putih+ cili padi+ bawang holand)
 
Ini plak bekal breakfast bila rajin..pizza wholemeal

Bahan-bahannya

1. 2 biji telur
2.pegaga/ sebarang salad/ ulaman/dedaunan
3.cincang bawang holand + cili padi (aku mmg suka pedas)
4. sekeping tortilla jenama mission (aku guna jenis 6 grains sebab cepat kenyang)

Cara Membuatnya
  1. Kacau dan pukul sekuat hati nurani bahan 1-3
  2. Celupkan tortilla dalam campuran
  3. Panaskan secoet minyak dan ratakan dalam non stick pan
  4. Masakkan dan balikkan sehingga rata
  5. Boleh tambah cheese dalam campuran telur tapi jangan banyak sgt ( terlebih cheese tak jadilah menu kurus jadi menu tambah babat ;P )




Untuk dinner plak kadang-kadang aku suka yang ringan2 sebabnye malam kita banyak bersantai kecualilah yang workout waktu malam kan?

Korang boleh cuba menu di bawah:-

Grilled beans + hirisan ayam
Untuk sos iols letak sikit je sos kewpie hot dan sos cili sikit



Ini summary menu-menu kat atas...mostly sama je





 
SELAMAT MENCUBA

Tuesday, September 12, 2017

BILA KO KENE CHICKEN POX MASA KO DAH KERTU ( KERTU KE)

Sebelum saya memulakan entry ini dengan lebih lanjut, KERTU itu bermaksud tua atau lebih sedap bunyinye kalau panggil kertulicious.

Kebiasaannya, chicken pox ni memang dikaitkan dengan kanak-kanak atau bayi tapi chicken pox juga terjadi di kalangan remaja, dewasa dan orang tua ye, dan ahkak salah seorang mangsa chicken pox dewasa itu, masa kecik ramai je sepupu sedara mara kene tapi imun kak diba masa kecik setaraf ultraman kot, tu yang tak kene jangkitan hahhaahaha.

Akak bermula dengan bronchitis gara-gara batuk tak henti, makanya 2 hari straight kene amik neb dekat klinik swasta dan bila malam je demam, hari kedua dah perasan bengkak di leher (bengkak kelenjar) jadinya akak bercadanglah terus ke Klinik Kesihatan, pergi je kene amik darah, syukur darah ok, tapi DR bagi antibiotik untuk bengkak dan waktu jumpa DR baru perasan ada dua bintik ruam gelembung kat tangan dan DR kata mungkin chicken pox, makanya balik akak minum terus air kelapa berdasarkan nasihat rakan-rakan maka hari keempat bintik itu keluarlah dengan jayanya dan DUKACITA dimaklumkan akak memang mengidap CHICKEN POX, tercemar kesucian akak kejap bila bintik2 itu mengganas memenuhi kepala dan muka (nanges).

Gambar di bawah sekadar hiasan tapi ginilah lebih kurang akak kene..kat pipi, hidung dan bahagian atas badan...nasib kaki sikit je dan bintik akak besar2 macam baby ni

Image result for chicken pox
 
bila sakit melanda al maklum sakit akak ni pakej ye (bronchitis + bengkak kelenjar + demam + chicken pox) maka kat situlah ko akan rasa NIKMAT KESIHATAN yang ALLAH bagi. Akak pilih gambar kat bawah ni sebab masa gi klinik lepas bintik dah naik..akak pakai topeng muka supaya orang tak ngeri tgk bintik dan benjolan di muka yang dah serupa ikan flower horn tau hilang kemulusan akak yang persis preity zinta ni.

Image result for syukur di sebalik kesakitan
 
Akak pun ikutlah segala pantang larang ketika chicken pox iaitu yang katanya untuk mengelakkan badan jadi gatal + supaya parut tu tak terlalu teruk. Ini yang akak buatlah ye:-
  • akak tak main hujan/terkena hujan
  • akak tak makan kicap (tapi mmg betul ke kalau makan parut tu jadi hitam??)
  • akak tak makan ayam, seafood dan ikan yang gatal2 (ni ikut tahap badan koranglah)
  • akak tak garu pun bintik chicken pox
dan hasil mengamalkan pantang di atas memang akak turun berat badan (bonus), lagipun masa ni automatik takde selera makan sebab akak ni sakit ke tak sakit selalu selera makan tetap menggunung okeh...

Dan berikut merupakan amalan akak dalam PANTANG BERSALIN CHICKEN POX tersebut:-

  • Akak mandi dengan daun NEEM/SEMAMBU ( rujuk gambar) memang kalau korang google banyak pasal pokok ni untuk penawar chicken pox....akak rebus then masukkan air dan daun sekali waktu nak mandi, mak akak tak bagi mandi (katanye petua org dulu2) tapi akak ni spesies takleh tak mandi, mmg akak mandi macam biasa dua kali sehari tapi air mandian memang campur dgn daun ni nak2 bahagian kepala (sebab kepala akak naik banyak okeh...)
  • Selain daripada digunakan untuk mandi buih, hakak juga letakkan daun ni atas tempat tidur akak...akak alas dengan kain dan letak bawah cadar, pastu tidur/ baring.
Image result for daun semambu chicken pox
Testimoni akak :- bila guna daun ni , Alhamdulillah badan rasa segar, hilang panas dan akak memang tak mengalami kegatalan sepanjang chicken pox berlaku ke atas diriku insan yang lemah dan hina ini.
  • Akak banyak minum air putih disebabkan selera hilang, dalam pantang akak minum milo kotak je waktu pagi, tengahari kadang tak makan walaupun kebuluran dan petang akak makan bubur nasi kosong, tapi bila adik amik dan bawak balik kg, syukur ke hadrat Ilahi sebab mak masakkan sup labu air, dan ikan yang akak makan hanya ikan tenggiri dan selar yang digoreng #lovemymumtothemoonandback
  • Oleh kerana akak chicken pox jatuh dalam Raya Haji dimana orang lain sibuk melantak rendang ayam/daging bagai nak rak, akak bersyukur makan juga rendang tetapi rendang ayam kampung, alhamdulillah tidak mendatangkan kegatalan..syukur
  • Akak juga sapu seluruh badan dengan krim calamine(warna putih) lupa plak jenama sebab kawan belikan, habis satu tube krim tu, akak beli plak lotion calamine (warna pink). Pada pandangan saya akak, penggunaan krim ni akan mempercepat proses pengeringan bintik, menyejukkan dan mengurangkan kerengsaan----> nampak tak ayat macam iklan kat botol bedak ruam hahahahahahaha. Pastu bila pakai krim/lotion ni automatik tangan takkan nak sentuh dah bintik tu hatta korang gatal nak belek/garu.
  • Lepas je bintik2 chicken pox dah nak mula kering dan akak tak demam/batuk dah, teruslah akak consume vitamin E dan vitamin C dengan harapan sel kulit cepat berganti, hilang parut sekaligus juga menggantikan nutrien yang hilang semasa akak sakit-gittew uols, semoga dengan supplement kulit akan yang persis preity zinta ni akan semulus awan gemawan katanyer
  • Usai diisytiharkan boleh keje/tamat MC akak terus membuat bacaan dan carian di GOOGLE, macam mana nak hilangkan parut chicken pox dengan cepat..macam2 jugak jumpa tapi akak memilih untuk membeli krim dermatix, katanya kesan seawal 3-4 minggu akak kira sebulan jelah. Akak juga mandi (untuk badan) dengan sabun Neem jenama HIMALAYA dengan harapan makin cepat penyembuhan bintik (sebab bintik tu nak mengering lama gak) dan pengurangan parut.
  • Berikut gambar produk yang akak gunakan:-
Supplemen tu jenama NOVA yang ni akak kirim kat makcik akak, dia beli je jenama yang ada (suka hati koranglah kan nak guna jenama apepun), krim Dermatix dan juga sabun Neem Himalaya, bau sabun ni sangat wangi tau sebab campuran neem+ lemon+ kunyit, segar je dan bau tu lekat ke bilik air haha.
 
Testimoni nanti akak kasi, tapi setakat ni parut kat muka ada nampak improvement,ni yang akak nampaklah, taktaulah kalau akak syok sendiri haha.

Rasanye itu sajelah akak nak cerita dan doakan kulit akak MULUS, QUDDUS dan TULUS kembalimacam gambar bawah ni:-


Image result for kulit mulus preity zinta
 
babai korang, assalamualaikum