Elok je aku pergi cerita pasal JJCM kat Melaka tanpa menyambung entry Vietnam aku yang tertangguh. Nampak tak ciri kekertuan kat situ? Sumpah aku lupa aku tak habis lagi sambungan trip Vietnam aku tahun 2018 tu hahahah😉😉sorry ye.
orang dh tua mmg gitu
Makanya marilah kita teruskan sambungan di Vietnam, pagi hari kedua tu kami sarapan di kedai Hajah Basiroh, memang kedai ni glamour di kalangan rakyat Malaysia, akak baru hari kedua duk Vietnam terus rindu nasi lemak telur mata okeh, nasi baik sedap haha
Digandingkan pula bersama kopi vietnam memang padulah sebagai sarapan di pagi hari kan
Tak lupa
signature dish Vietnam iaitu POPIA VIETNAM, walaupun boleh dapat dah kat Malaysia tapi tetap tak sama feeling dia bila ko makan popia ni kat negara tempat dia beranak dan diperanakkan okayh
Ko tengok tu balutan kulit popia dia kemas lagi perkasa udang pun besar😋😋
Dah melantak kemain tu, kenelah bergerak ye dak, kami dibawa ke Chu Chi Tunnel/ terowong Chu Chi..memula aku sebut sebagai "cuci" rupanya sebutan sebenar adalah "Kuci" yer, ni tourist guide kami kat sana bagitau sebab dia mmg orang Vietnam jati.Terowong Cu Chi ni merupakan jaringan terowong bawah tanah yang digunakan pasukan askar Viet Cong sebagai lokasi persembunyian ketika melakukan serangan gerila serta menjadi laluan utama perhubungan dan menghantar bekalan semasa tentera Vietnam berperang dengan Amerika tau. Jaringan terowong ini juga menjadi lokasi penyimpanan makanan, berek senjata dan hospital bagi memberi bantuan kecemasan kepada askar yang tercedera, sangat panjang dan sangatlah lengkap. Inilah replika terowong tu, sebelum kita jalan-jalan sekitar Chu Chi ni memang ada tempat tayangan video dan ada penerangan berkanaan sejarah Chu Chi Tunnel .
Ni adalah antara bom-bom yang digunakan tentera US. Besaq gedabak uols😦 kalau kene ni mahu tinggal serbuk je kot gamaknya... aku pun taktau sbb tak pernah kene bom ..eyyy
Banyak juga dipamerkan jerangkap samar yang digunakan semasa perang, antaranya yang ni, jatuh bawah tu mmg matilah sebab penuh dengat kawat duri tajam terus menusuk ke organ kau
Hi abam askar tgh tunggu musuh ke tu?iols nak tumpang sekaki selfie😛
Tengah -tengah trip tu kami berpeluang makan ubi kayu cicah kelapa ke gula ntah aku lupa tapi aku makan banyak sebab lapar
walhal pagi dah balun nasi lemak #emangdasar
Nak masuk dalam lubang kecik terowong, aku rasa kang tersepit, puas plak bomba nak keluarkan sebab lubang tu kecik weh, org Vietnam kan kecik2.
maka aku masuk jelah lubang size biasa yang kene jalan bongkok sikitlah tapi serius sempit, bila dapat keluar dari lubang tu rasa kelegaan sebab jumpa oksigen yang banyak okayh
Muka bangga siap peace berjaya keluar walhal dalam tu aku cuak gak haha
Sebelum balik, kami abadikan kenangan di map besar laluan terowong yang luas ni
Lepas ke Chu Chi, kami dibawa juga melawat ke War Remnant Museum, masa tu hujan, nasiblah bangunan tertutup tapi gigih jugak bergambar dalam hujan kat luar muzium sebab ada kenderaan perang macam helikopter, kereta kebal peninggalan US kat luar tu.
Satu keunikan dalam muzeum ni , kita dapat lihat kesan akibat peperangan kerana US menggunakan " agent orange" iaitu senjata kimia berbahaya yang menyebabkan kesan bukan sahaja kepada mangsa malah generasi selepasnya sebab senjata kimia ni akan berikan kesan kepada genetik kita. Korang boleh google dan baca untuk tahu lebih lanjut ye.
Disebabkan itu, ramai anak-anak mangsa perang ni cacat, ada masalah kesihatan. Dalam muzium ni , kita boleh lihat sendiri mangsa alami kesan kecacatan tu sebab agent orange ni beri kesan macam bom atom juga kerana dioksin daripada agent orange ni boleh kekal dalam badan manusia 11 hingga 15 tahun atau boleh sampai 20 tahun juga.
Mereka yang menjadi mangsa kesan darpada agent orange ini diberi peluang untuk hasilkan seni kraftangan dan dijual dalam muzium ini. Kita boleh lihat pelbagai jenis kecacatan yang dihadapi. Bila tengok depa ni, automatik rasa syujur pada diri kita yg sihat tubuh badan dan duduk di negara aman damai, Alhamdulillah #ensap
Cantik kan dia ni, dia tak boleh jalan sebab kecacatan kaki ( lupa nak tanya lumpuh ke camne )
Jangan lupa jika anda sampai sini, belilah cenderamata sebagai tanda sokongan, cantik2 tau
bersambung part 3 nanti ye, iols tinggalkan korang dengan video pembuatan kulit popia vietnam...
selamat menonton