Tuesday, September 12, 2017

BILA KO KENE CHICKEN POX MASA KO DAH KERTU ( KERTU KE)

Sebelum saya memulakan entry ini dengan lebih lanjut, KERTU itu bermaksud tua atau lebih sedap bunyinye kalau panggil kertulicious.

Kebiasaannya, chicken pox ni memang dikaitkan dengan kanak-kanak atau bayi tapi chicken pox juga terjadi di kalangan remaja, dewasa dan orang tua ye, dan ahkak salah seorang mangsa chicken pox dewasa itu, masa kecik ramai je sepupu sedara mara kene tapi imun kak diba masa kecik setaraf ultraman kot, tu yang tak kene jangkitan hahhaahaha.

Akak bermula dengan bronchitis gara-gara batuk tak henti, makanya 2 hari straight kene amik neb dekat klinik swasta dan bila malam je demam, hari kedua dah perasan bengkak di leher (bengkak kelenjar) jadinya akak bercadanglah terus ke Klinik Kesihatan, pergi je kene amik darah, syukur darah ok, tapi DR bagi antibiotik untuk bengkak dan waktu jumpa DR baru perasan ada dua bintik ruam gelembung kat tangan dan DR kata mungkin chicken pox, makanya balik akak minum terus air kelapa berdasarkan nasihat rakan-rakan maka hari keempat bintik itu keluarlah dengan jayanya dan DUKACITA dimaklumkan akak memang mengidap CHICKEN POX, tercemar kesucian akak kejap bila bintik2 itu mengganas memenuhi kepala dan muka (nanges).

Gambar di bawah sekadar hiasan tapi ginilah lebih kurang akak kene..kat pipi, hidung dan bahagian atas badan...nasib kaki sikit je dan bintik akak besar2 macam baby ni

Image result for chicken pox
 
bila sakit melanda al maklum sakit akak ni pakej ye (bronchitis + bengkak kelenjar + demam + chicken pox) maka kat situlah ko akan rasa NIKMAT KESIHATAN yang ALLAH bagi. Akak pilih gambar kat bawah ni sebab masa gi klinik lepas bintik dah naik..akak pakai topeng muka supaya orang tak ngeri tgk bintik dan benjolan di muka yang dah serupa ikan flower horn tau hilang kemulusan akak yang persis preity zinta ni.

Image result for syukur di sebalik kesakitan
 
Akak pun ikutlah segala pantang larang ketika chicken pox iaitu yang katanya untuk mengelakkan badan jadi gatal + supaya parut tu tak terlalu teruk. Ini yang akak buatlah ye:-
  • akak tak main hujan/terkena hujan
  • akak tak makan kicap (tapi mmg betul ke kalau makan parut tu jadi hitam??)
  • akak tak makan ayam, seafood dan ikan yang gatal2 (ni ikut tahap badan koranglah)
  • akak tak garu pun bintik chicken pox
dan hasil mengamalkan pantang di atas memang akak turun berat badan (bonus), lagipun masa ni automatik takde selera makan sebab akak ni sakit ke tak sakit selalu selera makan tetap menggunung okeh...

Dan berikut merupakan amalan akak dalam PANTANG BERSALIN CHICKEN POX tersebut:-

  • Akak mandi dengan daun NEEM/SEMAMBU ( rujuk gambar) memang kalau korang google banyak pasal pokok ni untuk penawar chicken pox....akak rebus then masukkan air dan daun sekali waktu nak mandi, mak akak tak bagi mandi (katanye petua org dulu2) tapi akak ni spesies takleh tak mandi, mmg akak mandi macam biasa dua kali sehari tapi air mandian memang campur dgn daun ni nak2 bahagian kepala (sebab kepala akak naik banyak okeh...)
  • Selain daripada digunakan untuk mandi buih, hakak juga letakkan daun ni atas tempat tidur akak...akak alas dengan kain dan letak bawah cadar, pastu tidur/ baring.
Image result for daun semambu chicken pox
Testimoni akak :- bila guna daun ni , Alhamdulillah badan rasa segar, hilang panas dan akak memang tak mengalami kegatalan sepanjang chicken pox berlaku ke atas diriku insan yang lemah dan hina ini.
  • Akak banyak minum air putih disebabkan selera hilang, dalam pantang akak minum milo kotak je waktu pagi, tengahari kadang tak makan walaupun kebuluran dan petang akak makan bubur nasi kosong, tapi bila adik amik dan bawak balik kg, syukur ke hadrat Ilahi sebab mak masakkan sup labu air, dan ikan yang akak makan hanya ikan tenggiri dan selar yang digoreng #lovemymumtothemoonandback
  • Oleh kerana akak chicken pox jatuh dalam Raya Haji dimana orang lain sibuk melantak rendang ayam/daging bagai nak rak, akak bersyukur makan juga rendang tetapi rendang ayam kampung, alhamdulillah tidak mendatangkan kegatalan..syukur
  • Akak juga sapu seluruh badan dengan krim calamine(warna putih) lupa plak jenama sebab kawan belikan, habis satu tube krim tu, akak beli plak lotion calamine (warna pink). Pada pandangan saya akak, penggunaan krim ni akan mempercepat proses pengeringan bintik, menyejukkan dan mengurangkan kerengsaan----> nampak tak ayat macam iklan kat botol bedak ruam hahahahahahaha. Pastu bila pakai krim/lotion ni automatik tangan takkan nak sentuh dah bintik tu hatta korang gatal nak belek/garu.
  • Lepas je bintik2 chicken pox dah nak mula kering dan akak tak demam/batuk dah, teruslah akak consume vitamin E dan vitamin C dengan harapan sel kulit cepat berganti, hilang parut sekaligus juga menggantikan nutrien yang hilang semasa akak sakit-gittew uols, semoga dengan supplement kulit akan yang persis preity zinta ni akan semulus awan gemawan katanyer
  • Usai diisytiharkan boleh keje/tamat MC akak terus membuat bacaan dan carian di GOOGLE, macam mana nak hilangkan parut chicken pox dengan cepat..macam2 jugak jumpa tapi akak memilih untuk membeli krim dermatix, katanya kesan seawal 3-4 minggu akak kira sebulan jelah. Akak juga mandi (untuk badan) dengan sabun Neem jenama HIMALAYA dengan harapan makin cepat penyembuhan bintik (sebab bintik tu nak mengering lama gak) dan pengurangan parut.
  • Berikut gambar produk yang akak gunakan:-
Supplemen tu jenama NOVA yang ni akak kirim kat makcik akak, dia beli je jenama yang ada (suka hati koranglah kan nak guna jenama apepun), krim Dermatix dan juga sabun Neem Himalaya, bau sabun ni sangat wangi tau sebab campuran neem+ lemon+ kunyit, segar je dan bau tu lekat ke bilik air haha.
 
Testimoni nanti akak kasi, tapi setakat ni parut kat muka ada nampak improvement,ni yang akak nampaklah, taktaulah kalau akak syok sendiri haha.

Rasanye itu sajelah akak nak cerita dan doakan kulit akak MULUS, QUDDUS dan TULUS kembalimacam gambar bawah ni:-


Image result for kulit mulus preity zinta
 
babai korang, assalamualaikum
 

1 comment:

  1. sy tgh kne skrg sis..... 4 hr xjmp nasi..... air klpa 8 biji daa.... mdah2an ok laa... da la esok merdeka ank2 ajk bcuti😭😭😭😭😭

    ReplyDelete